Dah lama tak posting apa2 dekat asida.net ni. Semenjak dua menjak ini asyik busy je. Busy dengan kerja, busy dengan anak, busy dengan keadaan rumah ni (berselerak giler). Semuanya memerlukan masa… kekadang kesian dekat Ash. Tak sempat nak melayan kerenah dia, bila dah balik rumah sure dah letih. Kekadang terlepaskan tension kerja dekat dia. Sorry sayang..
Kalau orang tengok kerja kerani macam Asid ni, pasti kata “Apalah busy sangat kerja kerani ini?” , “Takkan sebusy Perdana Menteri”. Entahlah bagi Asid kerja ni memang rasa tension sikit. Nak kata banyak paper work tuh, tak adalah sangat, cuma rasa macam banyak je kerja terberkalai. Nak buat yang tuh, terfikir yang ini. Bila dah start yang ini, yang tuh pulak kena buat. Macam jadual Dr.. ni, dah elok2 full, tetiba ada problem, kena pulak settlekan, kalau sesenang buat akaun dan key-in data tuh oklah, ni lain. Seminggu dua minggu pun tak boleh settlekan, buatnya kita tak nak settlekan.. tapi tak dapat.
Mende kerja kita tak settle, bertambah pulak dengan bende kerja orang lain. Kekadang memang pening ( itu pasal muda2 dah ada darah tinggi). setakat ini memang dah ada niat nak resign, abang kata resign je lah. yelah daripada merana badan, baiklah berhenti. Tapi bila fikir pasal bebudak tuh, rasa kesian pulak dengan diorang. Kalau asid berhenti, mesti diorang kelam kabut. “betul ke diorang kelam kabut atau diorang memang suka asid berhenti?”. Entahlah hati orang manalah kita tahu kan.
Kalau boleh nak cukup setahun kerja dekat sini. Biar cantik resume nanti. Tapi kalau dah tak terlarat, nak buat macam mana lagi ek. Harap2 selepas ini kerja asid semakin senang. InsyaAllah. Semuanya bergantung kepada-Nya. Al-jabbar.
