Pemanggang Ajaib Are Ikan (Generasi 1)
July 4, 2012Al-Quran al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida’
July 10, 2012Buat KEK COKLAT MOIST dengan Pemanggang Ajaib
Assalamualaikum,
Sekarang masing2 sudah kemaruk dengan pemanggang serbaguna ini. Yang menariknya kerana ia mudah digunakan dan memudahkan suri rumah, anak dara, teruna dan seisi keluarga memasak. Nama aje pemanggang tapi bukan untuk memanggang aje. Boleh juga memasak pelbagai jenis masakan lauk pauk, sayuran mahupun membuat kek. Sangat sesuai digunakan dalam bulan Ramadhan yang bakal tiba ini.
Disini Asid tunjukkan cara2 membuat kek dengan pemanggang ajaib ini.. copy paste daripada kawan aje ni. ^_^ credit to Noriah.
KEK COKLAT MOIST PEMANGGANG AJAIB
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko(vav hauten)
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan air suam
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanillauntuk toping dan hiasan
1/2 bar coklat masakan + 2 sudu besar butter 1/2 sudu besar gula halus dan sedikit esen vanila, guna kaedah double boiler kemudian curahkan keatas kek yg dah sejuk bolehlah hiaskan dgn coklat chip/ coklat rice.cara-caranya:
1. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan.
2. Dengan mengunakan mixer, pukul telur dan gula hingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap diayak tadi, sedikit demi sedikit, berselang seli dengan air suam, kacau mengunakan senduk/spatula, kemudian masukan esen vanilla ,susu pekat dan minyak masak, kacau hingga sebati.
4. Tuangkan adunan tadi ke dalam pemanggang ajaib, bakar atas dapur gas selama 15- 20 minit mengunakan api kecil.
Adunan siap dibancuh
Tengoklah bahagian bawah kek yang terbentuk cantik, x perlu letak planta/gris kat pemanggang ni, langsung tak melekat. Nampaknya tak payah guna avon la lps ni lg jimat masa,jimat elekterik hehehee… ya la kalau bakar guna avon 45 minit- 60 minit br nak masak tp yang ni 20minit je..
bahagian bawah
kek yg siap di toping,rupa x berapa cantik tapi sangat sedap, moist sangat2
wwaaallla..kek yang dah potong,mewah dengan coklat chip…
jom beli pemanggang sekarang!! KLIK SINI