Terajin Sikit
November 10, 2006Perkara Yang Perlu Dielak Ketika Hamil
November 14, 2006Banjir
Sabtu, tak ada apa-apa aktiviti cuma rasa nak jalan-jalan tengok laut. Dari rumah Sentul pergi rumah Mama dalam tengahari. Lepas zohor, baru gerak ke tempat tujuan ke Pelabuhan Klang, bawa Nana sekali. Baru sekejap keluar rumah hujan mulai turun makin lama makin lebat. Abang dah ajak balik rumah tidur lagi best. Tapi Asid tak nak balik. Nak pergi tengok lauit jugak dengan harapan hujan pasti berhenti.
Klang, keadaan traffic memang menyedihkan dan menyakinkan jiwa. Dengan hujan yang tak berhenti lagi memudaratkan keadaan lalulintas, ditambah dengan air hujan yang lebat menyebabkan bahagian tepi jalanraya dinaiki air. Lorong tiga bertukar jadi satu lorong. Aiseh Abang dah nampak sikit2 ke’tension’an dia bertambah. Memanglah tak siapa yang suka jem kan…Perjalan ke rumah Kak Ja masih diteruskan walaupun jem yang menyebabkan kereta bergerak sangat perlahan.. Semut pun boleh lintas..
Pendamar, dalam kul 3 sampai di rumah Kak Ja. Berehatlah dulu di situ minum air panas dulu. Hujan masih tak berhenti. Harap2 hujan akan berhenti bolehlah kami menjalankan misi yang sebenar untuk tengok laut di Tanjung Harapan. Kata Kak Ja, nak tengok apa tengah2 hujan macam ni, nak tengok kapal pun tak nampak. Tak apalah kalau macam tuh, kita tengok cerita Hindustan lah.. cerita hantu. Dalam kul 4 petang, Abang ajak berangkat ke Tanjung. Bila dah naik kereta, perjalanan ke Tanjung terpaksa dibatalkan kerana hujan masih belum berhenti. Aiseh. So, bergerak pulang lah kami…
Klang, kasi sms kat Ieza ‘sila pastikan anda berada di stesen Shah Alam dalam pukul 530-600’. Sempat juga Asid berkata pada Abang, ‘Awal pulak nanti kita sampai kat stesen tuh.. tak apalah boleh jalan2 kejap’. Tapi rupanya angan2 ku musnah. Pukul 600 pun kami tak sure akan sampai ke stesen KTM Shah ALAM.. jem dari Bandar Klang hingga tol Sg. Rasah. Aiseh.. lagi teruk jem kali ni berbanding masa pergi. Sampai kereta langsung tak jalan.. minyak kereta membazir macam tuh. Lepas je dari tol tuh.. lorong jadi satu sahaja. Banyak kereta dah tersadai dekat tengah jalan. Masing2 rehatkan kereta yang berjam2 lamanya. Ada juga kereta yang berasap, bukit tak lepas. Aiseh teruk betul banjir ni.
Stesen Shah Alam, hampir pukul 7 malam sampai disini. Ieza pulak dah satu jam tunggu.. sian dia. Abang pulak macam marah sangat. Asyik mengeluh je. Mesti dia penat.. yelah jem lama giler. Jalan tu bukan nya jauh sangat sangat.. tapi tulah berjam2 jem. Aiseh teruk betui. Kenapa perkara mcam ni boleh terjadi? apakah sebabnya? sistem peparitan yang tidak betul??? pembangunan yang tidak mengikut spesifikasi? bilangan kereta yang semakin bertambah?…