Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi aku dikurniakan anak2 buat pengikat kasih dan pengubat duka.
Abang Ash, anak Mama dan Papa yang sulung. Banyak harapan yang dicurahkan kepada Abang Ash. Harapan supaya menjadi anak yang soleh, taat kepada Allah dan Rasul, taat kepada Ibu Bapa, hormat orang tua, menjadi anak yang berguna… sebagai tempat menumpang susah senang tatkala Mama dan Papa tua nanti, menjadi pembimbing dan pelindung Adik selalu.
‘Janganlah Abang Ash selalu buat Adik nangis. Kesian Adik. Abang Ash mainlah elok-elok dengan Adik. Adik kan masih kecil, dia tak tahu apapun. Abang Ash pula nak masuk 3 tahun bulan depan. Abang Ash dah besar kan? Dah pandai pun. hehe :)’
Adik Arissa. Baby gurl Mama yang cute dan manja ni. Selepas balik kampung hari tu, Adik asyik nak berkepit aje dengan Mama, langsung tak nak dukung dengan Papa. Ini mesti kes Mama asyik dukung Adik jer dekat kampung. Lagipun Opah tu ajar dukung ajer. Sikit2 dukung. huhu itulah sekarang ini, Adik asyik nak berdukung aje.
Adik sekarang sudah meningkat maju. Gigi dah ada 6 batang. 4 batang diatas dan 2 batang di bawah. Adik pun kalau merangkak tu sudah maju ke depan,bukan macam dulu asyik ke balakang aje. Sekarang pun adik sudah pandai duduk dengan sendirinya. Baru 2 kali bolehnya, dari merangkak, tongek2 buntut, then duduk. 🙂



