6. Kisah Nabi Ibrahim

[6/25] – Nabi Ibrahim (Part 1)

Mahukah anda tahu…

1) Nabi Ibrahim berasal dari Babylon yg kini dikenali sbg Iraq.

2) Bapa nabi Ibrahim seorang pembuat patung berhala. Dia cuba melatih nabi Ibrahim utk mengambil alih bisnes penjualan patung berhala sejak kecil. Namun nabi Ibrahim merupakan seorang kanak2 pintar. Sejak umur 7 tahun dia dah mula soal mcm2 ttg tuhan. Dia tgk bapanya ukir patung berhala kemudian tgk org beli dan sembah patung2 tu. Dia soal bapanya, kenapa org sembah patung buatan tgn bapanya tu? Bapanya cuma jwb, jgn persoal tradisi nenek moyang kita.

3) Suatu hari bapa nabi Ibrahim suruh bawak beberapa patung berhala utk dijual kpd org ramai. Otw nak pegi jual tu dia lalu sebuah sungai. Nabi Ibrahim campak patung2 td ke dlm sungai dan berkata, “berenanglah! Kalau kau dewa yg hebat, selamatkan diri dan berenang!” Tapi patung2 td terus tenggelam ke dasar sungai.

4) Sehari dlm setahun, kaum nabi Ibrahim akan sambut sebuah perayaan di mana mereka akan berkumpul di tgh kota utk menyembah berhala. Sedang org ramai sibuk berpesta, nabi Ibrahim telah menghancurkan patung2 berhala di tempat penyembahan dgn kapak. Dia tinggalkan satu patung yg paling besar kemudian dia letakkan kapak td di tgn patung tu.

5) Bila org ramai sedar apa dah jadi, ramai yg suspect Ibrahim yg buat sbb dia mmg famous dgn soalan2 cepumas ttg dewa2 mereka. Lagipun Allah kurniakan kpd Ibrahim kehebatan berdebat jd mmg dia famous la sbb hebat berdebat ttg agama ni. Jadi org2 musyrik td confront dia utk siasat betul ke dia yg buat.

6) Nabi Ibrahim jwb, “kenapa tanya aku? Tanyalah si besar tu. Sah2 kapak ada kat tgn dia, mestilah dia yg hancurkan kwn2 dia yg lain.” Mereka jwb balik, “kau ni bodoh ke? Itu kan patung, tak mungkin ia boleh bercakap atau bergerak!” Nabi Ibrahim jwb balik, “skrg ni aku atau kau yg bodoh? Kau tahu patung2 tu tak boleh bergerak, bercakap, makan atau minum, tak boleh lindungi diri sendiri bila ada yg cuba menghancurkannya, jadi kenapa kau sembah dia?” Dalam hati mereka ada terdetik, hmm makes sense jugak. Tapi sebabkan ego utk pertahankan tradisi nenek moyang, mereka bersetuju utk bunuh nabi Ibrahim.

7) Mereka nyalakan unggun api yg sgt besar dan panas utk bakar nabi Ibrahim. Mereka ikat nabi Ibrahim kat pucuk pokok utk slingshot dia masuk dlm api. Dahsyat kan? Kemudian Jibril dtg kpd Ibrahim utk hulurkan bantuan. Nabi Ibrahim punyalah berserah kpd Allah, dia ckp kat Jibril, tiada siapa boleh tlg dia kecuali Allah shj. Kemudian Allah perintahkan api tadi utk menjadi sejuk dan nyaman utk Ibrahim. Refer Al Quran (21:69).

8 ) Nabi Ibrahim berjalan keluar dari api tadi tanpa terbakar sedikit pun. Yg terbakar cumalah tali yg mengikat badannya tadi. Semua org pun terkejut terpaku, takut utk buat apa2 lagi kat nabi Ibrahim. Dan mulalah ramai yg menjadi pengikutnya. Org pertama yg menjadi pengikutnya ialah nabi Lut, anak saudaranya yg masa tu masih kecil lagi.

9) Raja Namrud, seorang raja dari negeri lain dah terdengar ttg nabi Ibrahim yg makin famous tu. Dia hantar askar2 dia utk bawakan nabi Ibrahim dtg mengadap. Raja Namrud ni evil king yg mengaku dia tuhan. Dia berdebat dgn nabi Ibrahim. “Kau kata tuhan boleh menyebabkan hidup dan mati, aku pun boleh buat.” Dia panggil 2 org banduan yg telah dijatuhkan hukuman mati. Dia bebaskan sorang dan sorang lagi dibunuh. “Nah! Aku dah menyebabkan hidup dan mati. Akulah tuhan!”

10) Nabi Ibrahim jawab, “Tuhanku membuat matahari terbit dari timur dan tenggelam di barat. Kalau kau boleh terbitkan matahari dari barat aku akan menyembahmu.” Raja Namrud rasa ego dia tercalar. Kalau nabi Ibrahim ni org biasa2, dah lama dia bunuh. Tapi sbb semua org tahu yg he cannot be harmed, kena bakar pun tak mati, jadi Raja Namrud agak takut dgn dia dan telah halau dia keluar dari negara tu.

11) Nabi Ibrahim, Lut dan Sarah (by this time nabi Ibrahim dah berkahwin dgn seorang wanita jelita bernama Sarah) berhijrah ke As-Sham. Otw ke sana mereka lalu sebuah tempat bernama Harran. Di sini org2nya lagi pelik, mereka sembah bintang.

12) Nabi Ibrahim buat2 sembah bintang jgk. Bila terbit matahari bintang pun hilang. Ibrahim buat2 marah, dia kata tuhan mana boleh kejap ada kejap hilang! Kemudian dia buat2 sembah bulan dan lepas tu matahari pulak. Sama je, semua akan hilang bila siang bertukar mlm dan mlm bertukar siang. Nabi Ibrahim berdakwah, sembahlah tuhan yg mencipta sekalian alam, yg mencipta siang dan malam, yg kekal abadi.

13) Mereka teruskan perjalanan ke negeri Sham. Sampai di Sham, Sarah ditangkap oleh pengintip raja Sham utk menjadi gundiknya. Raja tu tak boleh tgk perempuan cantik, dia akan tangkap dan jadikan gundik istana. Sarah merupakan perempuan tercantik yg pernah raja tu jumpa so dia sgt excited. Sarah berdoa kpd Allah utk perlindungan. Bila raja tu tgk Sarah bersedih, dia pun jadi sedih jgk. Jadi dia lepaskan Sarah dan hadiahkan Sarah seorang hamba perempuan bernama Hajar.

14) Nabi Ibrahim dan Sarah tinggal di Kota Sham bertahun2 lamanya sampailah tua. Perniagaan mereka maju dan mereka hidup senang.

[6/25] – Nabi Ibrahim (Part 2)

Mahukah anda tahu…

..Continued

1) Nabi Ibrahim dan Sarah hidup bahagia, mereka mempunyai segalanya tapi nabi Ibrahim rasa mcm something is still missing. Dia teringinkan seorang zuriat. Sarah seorang perempuan mandul dan pada ketika itu Sarah dah tua. Nabi Ibrahim pun dah berusia 85 tahun. Tapi kasihnya Sarah pada suaminya, Sarah hadiahkan hambanya bernama Hajar kpd Ibrahim dan mengizinkan mereka berkahwin. Tak lama kemudian, dgn izin Allah, Hajar mengandung.

2) Hari yg ditunggu pun tiba dan Hajar melahirkan anak lelaki bernama Ismail. Bayangkan umur dah 85 baru dpt anak, mestilah nabi Ibrahim sgt teruja dgn kelahiran anaknya.

3) Mimpi pertama: Allah perintahkan nabi Ibrahim utk membawa Siti Hajar dan anak yg baru lahir tadi ke sebuah tanah tandus di As-Sham, tinggalkan mereka di situ dan terus pulang kpd Sarah, isteri pertamanya. Oleh sbb ini perintah Allah, nabi Ibrahim terus lakukan tanpa mengeluh atau byk tanya. Ini ujian Allah kpd nabi Ibrahim, nak tgk dia sanggup tak abandon anak bini dia mcm tu je, atas nama agama. And he passed the test.

4) Hajar dan Ismail ditinggalkan in the middle of nowhere. Bila makanan dah habis, susu badannya pun dah kering, Ismail mula menangis dan Hajar rasa dia perlu lakukan sesuatu. Dia berlari-lari anak ke atas sebuah bukit bernama Safa utk tgk dari atas kalau ada org lalu utk dia minta bantuan. Kemudian berlari-lari anak ke sebuah lagi bukit bernama Marwa dan tinjau dari atas bukit tu pulak. Dia ulang alik beberapa kali dari dua bukit tersebut. Tiba-tiba dia terdengar satu bunyi dari bawah. Hajar lari turun dari bukit ke arah anaknya and guess what, yg dia dgr tu ialah bunyi air yg sedang memancut keluar dari tanah. Allah telah turunkan bantuan.

5) Hajar ambil sedikit tanah basah dan bentukkan ia menjadi sebuah mangkuk kemudian dia tadah air menggunakan mangkuk tu. Bila dah penuh, dia sebut “Zam! Zam! Zam! Zam!” yg bermaksud, “Berhenti! Berhenti! Berhenti! Berhenti!” sbb air tu tak berhenti memancut. Itulah air zam zam yg sampai skrg pun tak berhenti keluar dari tanah. Dari air tu dapatlah Hajar minum dan hasilkan susu utk Ismail.

6) Kat padang pasir biasanya pengembara nomad akan cari burung sbb kat mana ada burung di situ ada air. Org2 Jurhum merupakan sebuah kaum yg sedang mengembara di situ dan dari jauh mereka ternampak kumpulan burung yg berterbangan di atas air zam zam tadi. Bila dtg dekat, ternampak ada seorang wanita dan seorang bayi. Mereka pun bertanya kpd Hajar, “bolehkah kami menetap di sini? Kerana di sini ada air, sebuah keajaiban di tgh padang tandus!” Hajar tgk mereka ni org2 baik, jadi dia pun izinkan mereka menetap di situ dan minum dari air zam zam, dengan syarat perigi air zam zam menjadi hak dia dan anaknya. Maka bermulalah penempatan manusia di kawasan itu yg skrg ni dikenali sbg Mekah. Kaum Jurhum syg kpd Ismail. Mereka membelanya dgn baik, mengajarnya bahasa Arab dan membesarkannya sbg org yg beriman.

7) Lepas nabi Ibrahim pass ujian yg pertama td, dia selalu jgk dtg jenguk anaknya Ismail. Ismail telah membesar dgn sempurna, sgt beriman kpd Allah, boleh kira the perfect son lah. Dan nabi Ibrahim sgt syg pd anaknya.

8 ) Mimpi kedua: Nabi Ibrahim berkata kpd Ismail, “aku telah mendapat mimpi. Allah telah memerintahku utk menyembelihmu.” Tanpa berfikir panjang Ismail terus berkata, “ayah mesti lakukan. Ini perintah Allah.” Begitulah taatnya Nabi Ismail kpd Allah. Lalu mereka menuju ke sebuah tempat tak berapa jauh dari situ. Ismail yakin Allah takkan menyakitinya. Semasa dlm perjalanan, Iblis muncul utk timbulkan ragu2 dlm hati Ibrahim. Dia tanya, betul ke kau nak bunuh anak kau ni? Ibrahim campakkan batu ke arah Iblis tu. Iblis pergi kat Ismail pulak dan cuba hasut Ismail, kau sanggup mati dibunuh bapa sendiri? Ismail campakkan batu ke arah Iblis. Iblis pergi ke arah kedua-duanya dan cuba menghasut buat kali ketiga utk menghentikan mereka dari melaksanakan perintah Allah. Ibrahim dan Ismail campakkan batu ke arah Iblis tu lagi. Inilah asal usul Jamratul Ula, Wusta & Aqabah yg jemaah haji lontar2 batu tu.

9) Sampai di tempat yg dituju, Ismail sedia berbaring utk disembelih. Sebelum apa2, dia pesan kpd bapanya, “nnt dulu, terbalikkan aku supaya apabila mukaku menghadap ke tanah ayah tak dpt melihat wajahku dan tajamkanlah pisau itu supaya ayah boleh melakukannya dgn cpt.” Ismail tak nak ayah dia tgk muka dia sbb takut timbul rasa simpati dan terus ragu2 utk menjalankan perintah Allah.

10) Apabila disembelihnya Ismail, pisaunya tidak terbenam. Dicuba dan cuba lagi, nothing happened. Rupanya setiap kali dia cuba sembelih, bilah pisau yg tajam jadi terbalik ke atas. Even pisau pun refuse utk melakukan sesuatu jika Allah tak izinkan. Ini ujian Allah kpd nabi Ibrahim, nak tgk dia sanggup tak membunuh satu-satunya anak yg disayanginya, atas nama agama. And he passed the test.

11) Mimpi ketiga: Allah perintahkan nabi Ibrahim dan Ismail utk membina Kaabah. Ibrahim dan Ismail kumpulkan batu2 dan mula membina sebuah bangunan berbentuk kotak. Batu-batu biasa tu bila disusun satu persatu, ia saling melengkapi dgn sgt perfect mcm buat jigsaw puzzle sampailah membentuk seperti kotak. Nabi Ibrahim berdiri di atas sebuah batu dan nabi Ismail hulurkan batu bata kpd bapanya. Bila nabi Ibrahim nak susun batu di bahagian atas, batu yg di bawah tapak kakinya naik ke aras ketinggian yg diperlukan kemudian turun ke aras rendah bila nabi Ismail hulur batu kpd nabi Ibrahim. Hebatkan?

12) Utk piece yg terakhir, nabi Ibrahim suruh nabi Ismail cari batu yg paling cantik utk melengkapi Kaabah namun tak jumpa batu yg sesuai. Tiba2 nabi Ibrahim dtg kpd anaknya sambil membawa sebuah batu yg sgt cantik dan suci. Nabi Ibrahim berkata batu itu Allah telah turunkan kepadanya dari Jannah. Itulah batu Hajar Al-Aswad. Batu yg asalnya besar tu kini dah tinggal small pieces je sbb dah byk kali jatuh dan byk bahagian yg dicuri; dan dulunya suci bersih kini menjadi hitam sbb byk kali disentuh dan dicium manusia.

13) Setelah lengkap Kaabah tu, batu yg di bawah tapak kaki nabi Ibrahim tadi menjadi lembut seketika menyebabkan tertinggalnya kesan tapak kaki nabi Ibrahim. Allah sengaja buat mcm ni utk tinggalkan artifak batu tu sbg peringatan kpd manusia ttg peristiwa bersejarah ni. Refer Al Quran (2:12). Sampai skrg batu tu ada lagi di Mekah. Cuba google.

14) Kemudian Allah perintahkan nabi Ibrahim utk melaungkan panggilan kpd seluruh umat manusia utk dtg menunaikan ibadah haji. Nabi Ibrahim tgk sekeliling, tak ada org. Situ kan kawasan padang pasir. Siapa yg akan dgr panggilannya? Nabi Ibrahim berkata kpd Allah, “Ya Allah suara ku tidak sampai.” Allah suruh nabi Ibrahim laksanakan saja perintah tu dan yg lain tu berserah kpd Allah. Jadi nabi Ibrahim pun laungkan, “hai manusia!
sesungguhnya Allah telah memerintahkan kalian semua untuk melaksanakan haji ke baitullah ini, supaya kalian mendapat pahala ke syurga dan menyelamatkan kalian dari seksa neraka. Maka hajilah kalian!” Dan sampai skrg, tak henti2 manusia dari seluruh pelusuk dunia dtg ke Mekah utk mengerjakan haji.

15) Selesai ujian dan perintah Allah ke atas nabi Ibrahim, dtg lah pula berita2 gembira. Pada usia nabi Ibrahim 120 tahun dan isterinya Sarah 90-an, tiga malaikat bertemu nabi Ibrahim memberi berita gembira yg Sarah mengandung anak lelaki iaitu nabi Ishak. Sarah terkejut sbb mereka sudah sgt tua dan Sarah seorang wanita mandul.

16) Berita gembira bersambung lagi, bukan itu sahaja, mereka akan hidup cukup lama utk melihat anak kpd Ishak iaitu Yaakub. Allah ceritakan dlm Al Quran, nabi Ibrahim melahirkan keturunan para nabi iaitu Ishak, Yaakub, Ayub, Yusuf, Musa, Harun, Zakaria, Yahya, Isa, Ilyas, Ismail, Ilyasa, Yunus dan Lut. Nabi Muhammad juga dari keturunan ni. Allah janjikan 2 benda yg akan kekal dlm keluarga nabi Ibrahim – kenabian dan wahyu Allah.

17) Nabi Ibrahim disanjung sbg nabi oleh pelbagai agama – Islam, Kristian, Yahudi – semua menghormati ajaran nabi Ibrahim dan namanya disebut dlm semua kitab. Nabi Ibrahim mempunyai darjah kebesaran yg paling besar di kalangan nabi2, selepas nabi Muhammad. Impaknya wujud sampailah skrg.

#ramadantales
By Sharifah Syazreen Al-Idrus

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.