[5/25] – Nabi Salih

Mahukah anda tahu…

1) Nabi Salih berasal dari Kaum Thamud yg pernah hidup di Al-Hijr, Jordan. Kalau search kat Google, “Petra Jordan” you guys akan jumpa gambar-gambar istana yang diukir dari gunung batu yang suatu ketika dahulu pernah didiami kaum Thamud.

2) Boleh refer Al Quran (15:82), surah Al-Hijr ayat 82, Allah sebut tentang kaum Thamud, “Dan mereka memahat rumah-rumah dari gunung-gunung batu (yang didiami) dengan aman.” Sampai sekarang, gunung-gunung ini dengan ukirannya sekali masih kekal di atas bumi Jordan. Allah sengaja tinggalkan artifak ni sebagai peringatan kpd kita semua tentang apa yg telah berlaku kpd sesebuah kaum yg telah mengakibatkan kemurkaan Allah.

3) Kaum Thamud ni mempunyai kehebatan teknologi yg lebih maju dari kaum Ad. Tgk saja kemampuan mereka mengukir gunung batu. Selamber je buat gunung jadi rumah. Mereka juga mempunyai kekuatan fizikal, kebesaran saiz badan dan kekayaan seperti kaum Ad.

4) Nabi Salih yg juga dari kalangan kaum Thamud, datang dari sebuah keluarga yg kaya-raya dan dihormati oleh masyarakat Thamud. Mereka telah mempersiapkan nabi Salih untuk menjadi pemimpin mereka.

5) Setelah apa yg berlaku ke atas kaum Ad, syaitan sekali lagi memanipulasi hati manusia dan berjaya menyesatkan kaum Thamud. Kaum Thamud bukan sahaja menyembah berhala, mereka juga menyembah manusia di kalangan mereka sendiri. Siapa paling kaya/berkuasa disembah sebagai dewa.

6) Allah telah memilih Nabi Salih sbg nabi dan dia pun mula berdakwah memanggil kaumnya bertaqwa kpd Allah. Kaum Thamud terkejut dan berkata, “kami telah berharap kepadamu utk menjadi pemimpin kami dan skrg kamu minta kami berpaling dari ajaran nenek moyang kami?” Mereka mula menghina dan kecam kecam Nabi Salih. Bila nabi Salih mula dpt followers (bukan followers ig k) mereka tuduh nabi Salih ni ahli sihir.

7) Nabi Salih mengajak kaum Thamud bertaubat. Kalau tak, akan dpt malapetaka mcm kaum Ad. Org2 Thamud ckp, “malapetaka apanya? Rumah kami gunung batu! Kalau ada angin taufan, rumah kami takkan terbang! Kalau ada hujan ribut, rumah kami boleh melindungi! Kalau ada gempa bumi, rumah kami takkan runtuh!”
pergh… Berlagak betul diorg ni.

8 ) Kaum Thamud cabar nabi Salih utk buktikan kebenaran dan tunjukkan tanda2. Tanda apa?

9) Mereka suruh nabi Salih keluarkan seekor unta betina dari sebuah batu besar. Bukan tu sahaja, unta tu mestilah bunting 10 bulan, berbulu lebat warna merah, boleh minum habis air di lembah, boleh menghasilkan susu utk seluruh kota dan mcm2 lagi. Mereka main sebut je benda2 yg mustahil sbb bagi diorg benda ni main2. Saja nak melawak.

10) Nabi Salih kata, “kalau aku bawakan unta ni kalian akan percaya kpd tuhanku?” Mereka jwb, “ya.”

11) Tiba hari yg dijanjikan, seluruh kaum Thamud berkumpul di hadapan batu besar tadi. Nabi Salih berdoa kpd Allah utk turunkan petunjuk kemudian batu itu pun terbelah dua dan keluarlah seekor unta betina yg sgt besar berwarna merah dan sedang bunting.

12) Kaum Thamud terus terbahagi kpd 2 bahagian. Sebahagian mengaku percaya kpd Allah dan sebahagian lagi tuduh nabi Salih guna ilmu sihir.

13) Nabi Salih berkata kpd mereka, “unta ini akan hidup di kalanganmu dan jgn kamu bunuh unta ini.” Kalau bunuh, Allah akan menghukum kaum Thamud.

14) Makin hari org Thamud tgk unta tu makin ramai yg menjadi pengikut nabi Salih. Bila unta tu melahirkan anaknya, org2 yg beriman semakin beriman dan org2 yg musyrik semakin membenci.

15) Suatu hari golongan yg tidak percaya kpd nabi Salih telah membunuh unta besar tadi dan anaknya. Mereka cabar lagi, “mana hukuman tuhanmu? Tunjukkan!”

16) Allah berkata kpd nabi Salih, masa mereka akan tiba dlm 3 hari. Masa ni mmg Allah dah murka. Bayangkan, you got 3 days, man. Tak ke seram?

17) Hari pertama, muka kaum Thamud bertukar kuning. Hari kedua, muka mereka bertukar merah. Hari ketiga, muka mereka menjadi hitam. Masa ni semua org dah kelam kabut menangis dan menjerit sbb mereka tahu something bad is going to happen.

18) Kemudian Allah dtgkan gelombang bunyi yg teramat kuat. Dgn serta merta mereka semua mati. Another nation wiped away from the face of earth by Allah’s rage.

19) Nabi Salih berpindah ke Palestin di kota Ramla dan tinggal di situ sehingga hari kewafatannya.

Camne…. Best kan cerita nabi2 kita? Kita kadang terlupa… Sebab asyik ?asyik??asyikkkk?? layan cerita drama pkl 7 ngn pkl 10 tu.

……………..
By Sharifah Syazreen Al Idrus

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.