Semalam selepas surgery langsung tak tengok muka Baby. Tak sabar rasanya nak tengok my first baby.. Amir Ashraf bin Amirรย Shariffuddin. Papa dia je sorang dah tengok, keluarga Shah Alam dan auntie Wawa datang malam tadi pun tak dapat tengok. Walaubagaimanapun nasib baik Papa dia ada amik pic baby masa azankan dan diberi makan kurma dan minum air zamzam.
Jam 6 pagi, nurse bawa baby Ashraf masuk jumpa Mama untuk menyusu buat pertama kalinya. Masa ini gembira sangat.. macam tak percaya, betul ke ni baby Mama yang 9 bulan 6 hari dalam perut Mama. Hehehe ๐ tak sangka Asid dah jadi Ibu… kagum tengok Baby. Senyap je tak nangis pun cuma gerak sikit-sikit. hehehe ๐ so cute…
