Asida.Net Dalam Asida.Net
October 7, 201020102010
October 20, 2010Kencing Berdarah: Kanak-Kanak
INFEKSI SALURAN KENCING
Ini adalah satu masalah yang paling kerap dirawat oleh para doktor. Infeksi saluran kencing boleh digelar ´infeksi´ pundi-pundi (cystitis”)jika bacteria terdapat di pundi-pundi atau infeksi ginjal (pyelonephritis) jika bacteria terdapat di ginjal (buah pinggang)
TANDA-TANDA AMARAN PENYAKIT INFEKSI SALURAN KENCING
– Kanak-kanak yang kencing dalam tidur
– Buang air kencing dengan kerap
– Sakit dan rasa pedih ketika buang air kencing
– Demam dan rasa seram sejuk
– Sakit atau lenguh di belakang dibawah tulang rusukAPABILA RAGU-RAGU MINTA NASIHAT DOKTOR
FAKTA-FAKTA BERKAITAN DENGAN INFEKSI SALURAN KENCINGKanak-kanak perempuan lebih kerap mendapat infeksi saluran kencing- lebih kurang 80 kali ganda daripada kanak-kanak lelaki
Kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki yang mengidap infeksi saluran kencing mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal) adalah besar. Setengah dari kanak-kanak perempuan yang mengidap infeksi saluran air kencing juga mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal).Kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda infeksi saluran kencing mesti dibawa ke doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. Kebanyakkan kerosakan ginjal akibat infeksi di masa kanak-kanak.
Infeksi saluran kencing adalah salah satu sebab penting mengakibatkan kerosakan tetap ginjal bagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, infeksi saluran kencing bagi pesakit yang mempunyai saluran kencing yang biasa jarang sekali membawa kerosakan ginjal.
PENGUBATAN INFEKSI SALURAN KENCING
Ubat antibiotik selalunya diberi dengan berkesan. Ubat-ubat juga diberi untuk mengurangkan sakit dan kerap kencing. Kepada kebiasaannya doktor akan memeriksa anda sekali lagi untuk menentukan yang infeksi telah dirawat dengan sempurna. Pemeriksaan selanjutnya mungkin dikehendaki terutama bagi kanak-kanak dan apabila saluran kencing disyaki tidak normal.
dari Yayasan Dakwah Islamiah
Last Week, terkejut dengan keadaan Ashraf yang menangis2 dan meraung2 dari toilet. Katanya sakit, tak boleh kencing. Bila tengok dekat hujung salur kencing dia.. ada setitik darah (mcm darah nak menitik.. tp tak pekat). Then, terus cuak call Amir, balik bawa Ashraf ke Klinik Dr Dosli Seksyen 7.
Kata Dr, Ashraf ada infection di sebabkan kuman.. maybe kencing basuh tak bersih, pakai seluar pendek tanpa pampers yang terdedah kepada kuman2 semasa bermain.
Di nasihatkan meminum air masak dan susu sahaja. Jangan menahan kencing, habiskan ubat antibiotik, minum ubat untuk lawaskan kencing dan ubat tahan sakit.
So far, Alhamdulillah dia dah tak nangis2 masa kencing. Nasib baik perasan pada tahap awal jangkitan. Kalau 2 3 hari, ANU dah bengkak.. susah pula nak rawat. 🙂