
1. Kisah Nabi Adam
October 15, 2024
3. Kisah Nabi Nuh
October 17, 2024[2/25] – Nabi Idris
Mahukah anda tahu…
1) Nabi Idris seorang yg tinggi, rupawan, mempunyai jambang. Sifatnya sangat tenang, byk berfikir dan bercakap bila perlu sahaja. Tapi bila bercakap, percakapannya sgt jelas. Selalu merendahkan pandangannya.
2) Nabi Idris manusia pertama menulis dgn alat tulis. Maksudnya sebelum nabi Idris, penulisan tak pernah wujud.
3) Tugas nabi Idris bukanlah untuk menyebarkan agama atau menghentikan syirik sbb masa tu semua org kat bumi ni percaya kpd Allah.
4) Tugas atau ‘battle’ nabi Idris kat bumi ni ialah melawan ‘corruption’ atau kehancuran (eg. mencuri, zina, penindasan, etc) yg makin berleluasa terutamanya di kalangan keturunan Qabil.
5) Bila nabi Idris tgk ‘corruption’ (bukan korupsi politik eh, ni segala jenis kehancuran akhlak) makin berleluasa sampai kaumnya sendiri pun dah start hancur, nabi Idris kumpulkan askar berkuda utk berperang dgn kumpulan yg corrupted tu.
6) Nabi Idris juga org pertama kat bumi ni yg melakukan peperangan (for the greater good). Dan dia menang perang tu.
7) Allah kurniakan kpd nabi Idris, setiap kali seluruh umat manusia melakukan kebaikan, dia juga akan dpt pahala tu.
8 ) Nabi Idris berkata kpd seorang malaikat yg merupakan sahabat baiknya (dikatakan malaikat Jibril. Allahualam) yg dia nak kumpulkan sebanyak mungkin pahala sebelum dia mati.
9) Jadi dia mintak favour malaikat tu utk bawak dia bertemu dgn malaikat maut utk negotiate tarikh matinya.
10) Malaikat tu pun bawak nabi Idris di belakang badannya dan terbang ke syurga ke-4 utk bertemu malaikat maut.
11) Sampainya di syurga ke-4 dan lepas malaikat tadi bercakap dgn malaikat maut tujuannya ke sana, malaikat maut pun tanya, “tapi di manakah Idris?”, dia jawab “ada di belakangku.”
12) Malaikat maut sgt terkejut dan amazed sbb dia dpt arahan utk cabut nyawa nabi Idris di syurga ke-4 which is impossible sbb nabi Idris hidup di bumi. Maka nabi Idris pun dicabut nyawanya di syurga ke-4 seperti takdirnya.
13) Nabi Idris satu-satunya manusia yg mati di syurga. Begitulah mulianya nabi Idris.
14) Beribu tahun lepas nabi Idris wafat barulah iblis berjaya cetuskan syirik yg pertama di kalangan manusia.
??????
Teruskan mengikuti kisah nabi seterusnya?
By Sharifah Syazreen Al-Idrus