14 perkara yang sunat dilakukan pada hari  Asyura (10 Muharram, bersamaan Isnin, 29hb Jan 2007)
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
   fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
   fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
   fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
   fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
   fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap  rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
   fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir  miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
   fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
   fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
   lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
   fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
   fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat
   fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
   lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
kerana    Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
   “ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru”
   fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa
   fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
   Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
   fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
