Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
August 20, 20093 Ramadhan
August 24, 20091 Ramadhan 2009
Hari Sabtu
Memang sudah dijangkakan hari pertama berpuasa pada tahun ini ialah pada 22 ogos 2009. Mesti happy sangat Kak Na sebab hari ini jugalah hari lahir dia. Aku hanya sempat wish dengan SMS aje. Maklum aje lah hanset aku tuh dah uzur sangat. Start dari aku belajar degree lagi. hmm memang nak kena ganti tuh. tunggulah sampai orang tuh sudi belikan.. huhuhu
Hari pertama bersahur ni hanya kami berdua aja. Jadi se-simply yang mungkinlah aku masak. Mee hoon goreng. Seperti biasa jugalah di awal2 bulan Ramadhan ni, memang bersemangat nak masak dan makan time bersahur. tengoklah nanti dah masuk minggu ke 2 dan seterusnya. Entah2 makan roti bakar dengan Planta aje. hehe
Petangnya pula kami sekeluarga ke rumah Wan2 Ash di Shah Alam. Nak berbuka bersama diorang. Kalau ramai2 nampak macam best sikit kan.
Hari pertama berpuasa ini, aku penat sangat macam orang kerja jadi buruh bangunan. Kepala pula pening dah 2 3 hari. Petangnya aku tidur 2 @ 3 jam. Malamnya pula lepas berbuka, jam 9 malam aku dah masuk bilik dengan Arisha. Hmm tidur sampai ke pagi. Mengantuk giler. Nampaknya susah lah aku nak pergi terawih Ramadhan kali ini. Sape pula yang nak jaga dua orang budak kecik nih?? aiseh..
Hari Ahad
Bangun sahur pula jam 5 pagi. Lepas makan, baringlah kejap nak tunggu azan konon.. last2 tertidur pula. Nasib baik Papa kejutkan. Kemudian, aku bangun jam 10 pagi. huu dasyat betul tidurnya..
Lepas Asar, dalam jam 5 lebih kami pergi pula ke Port Klang. Rumah Kak Ja. Fuyoooh berubah wajah lagi rumah diorang ni. Dah bertambah cantik. Buat tema warna meroon dan kuning plak. Senang lah diorang nak tukar2 warna cat rumah sebab abang ipar aku tuh pandai bab2 mengecat, memaku, dan renovate rumah ni. Perabot rumah diorang pun dah bertambah. Cantik sungguh cantik. Tapi itulah kita tengok syok aje diorang kan,rumah cantik .. semua ada.. tapi diorang pula tengok kita syok. Pergi mana2 usung anak2.. diorang pulak tak ada anak. Dah 4 tahun kahwin still belum ada rezeki. Kesian diorang. 🙁
dan aku… patutnya lebih bersyukur berbanding mereka sebabnya aku ada sepasang anak yang comel. Walaupun kekadang penat, pening dan sedih melayan macam2 kerenah diorang.. aku tetap happy dengan gelagat diorang. si Abang, semakin lama semakin besar. Macam2 dah dia belajar. Si Adik pula dah pandai agah2. Main2 dengan dia, senyum2.. macam2 paham pula dia.. maybe dia dah kenal rupa paras Mama dia nih. takkan tak kenal, 24 jam mengadap dia.. hehe
Selamat hari lahir buat Kekandaku Roslina Mohd Hanafiah. Semoga kekanda di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bertambah amal ibadat kepada Allah S.W.T. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini akan membawa sinar cahaya kepada kekanda sekeluarga.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak
InsyaAllah raya nanti kita akan berjumpa… 🙂