
37 Tips Isteri Solehah
October 11, 2024
2. Kisah Nabi Idris
October 16, 2024[1/25] – Nabi Adam
Mahukah anda tahu….
1) Nabi Adam tak dilahirkan sbg bayi mcm org lain, dia telah dibentuk dari tanah sbg org dewasa.
2) Ketinggian nabi Adam ialah 60 kaki.
3) Masa Adam & Hawa diturunkan ke bumi, mereka terpisah jauh. Masing2 tercari-cari pasangan mereka dan akhirnya bertemu di Jabal Rahmah. Dikatakan begitulah manusia sampai skrg mencari dan bertemu jodoh masing-masing yg asalnya terpisah dari mereka di syurga. Dan dari situ jugaklah Jabal Rahmah digelar sbg bukit kasih sayang or in English, the mountain of acquaintance.
4) Adam & Hawa tak pernah kenal erti penipuan. Pertama kali mereka ditipu oleh syaitan masa kat syurga. Syaitan kata kalau makan buah dari pokok terlarang di syurga mereka akan berubah menjadi malaikat. Dan mereka pun percaya.
5) Kisah ni diceritakan oleh nabi Adam kpd anak2nya berulang kali sbg pengajaran yg syaitan tu jahat.
6) Adam & Hawa hidup beribu tahun lamanya. Hawa mengandung lebih dari 100 kali dan setiap kali mengandung dpt anak kembar lelaki & perempuan.
7) Batch anak2 nabi Adam sahaja Allah benarkan kahwin sesama adik beradik tapi haram kahwin dgn kembar sendiri. Maksudnya boleh kahwin dgn adik yg bukan kembar dia.
8 ) Anak pertama nabi Adam, Qabil cemburu dgn adiknya Habil sbb nabi Adam nak kahwinkan dia dgn kembar si Qabil. Lepas dihasut syaitan, Qabil bunuh adiknya Habil. Itulah pembunuhan dan kematian pertama di dunia.
9) Hawa tak faham maksud ‘bunuh’ atau ‘mati’ (sbb tak pernah berlaku lagi sblm ni). Syaitan ckp maksudnya anak kau dah tak boleh bangun, bergerak, makan atau minum. Hawa pun menangis sampai bila nabi Adam tanya kenapa sampai 3x pun dia tak jwb dan terus menangis.
10) Masa kematian nabi Adam, dia kumpulkan anak2nya sebelum dia pergi. Dia pergi dgn hati yg sgt gembira sbb dia tahu dia akan pulang ke syurga yg dirindui.
……………………………..
Teruskan mengikuti kisah nabi seterusnya??
By Sharifah Syazreen Al-Idrus