World Cup 2010 Afrika Selatan

2014 Brazil
World Cup akan diadakan di Brazil. Saper yang menang? Insya’Allah kalau ada umur yang panjang, tahulah kan. hehe
2010 Afrika Selatan
World Cup tahun ini dimenangi oleh Sepanyol. Memang 100% tepat ramalan si sotong Germany tuh. hmm sedih juga sebab Malaysia tak main.. huhu wakil Asia pun kalah. Tapi diorang main bagus. hehe Sebenarnya aku nak German atau Brazil yang menang.
2006 German
Tahun ini pula World Cup dimenangi oleh Italy . Masa ini aku baru kahwin, time pergi berbulan madu ni ke Pulau Langkawi. Nasib baik, game main lewat malam, tak adalah aktiviti berjalan-jalan terganggu. Nice.
2002 Korea, Jepun.
Haa. Tahun ini Brazil yang menang. Masa ini pula aku tengah study dekat UiTM Pahang. Masa cuti semester, duduk rumah kak Na di Paya Kecil, Temerloh. Cuti-cuti ni aku buat part time job dekat kedai barang-barang sukan di depan bus station lama Temeloh (ntah ada lagi ke tidak). Masa ni satu game pun aku tak tengok. Apa yang buat aku ingat sampai sekarang, bos aku kasi cenderamata World Cup, key cain. Nak juga dia kasi, padahal untuk dijual. Cantik memang cantik, nak beli.. mahal rasanya RM29.90 (cish ingat tuh), mana taknya aku sayang sangat key chain ni. Lama aku simpan sampai kuning dah plastiknya. Sekarang dah hilang di main oleh Adik.
Cerita pasal bos aku tuh,  dia ni baik lah kepada pekerja2nya, walaupun kekadang marah dan tegas (itu sebab nak kami buat kerja betul2), tapi dia selalu belanja kitorang makan burger. Burger depan kedai tuh pulak sedap giler. Rasa hari2 nak beli. Dalam pada aku bekerja di situ, sempat juga aku belajar ikat tali raket badminton (kalau suruh sekarang, sure dah tak ingat). hehe
terkenang masa dolu-dolu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *