Aug 2009 02

Weekend: Kerang Oh Kerang6

Posted In Umum

Pagi Ahad, tetiba aja aku jadi rajin hendak ke pasar time pagi2 jam 730. Bukan apa bahan mentah seperti ayam, ikan, sayur..semua dah habis. so, as a homewife aku kenalah pergi pasar dan memasak.

Pergi pasar ni aku bawak duit RM70, itupun tinggal beberapa ringgit je “balance”nya. Kalau aku bawak lebih lagi ongkosnya, so banyak lagilah barang yang aku beli.

First benda yang aku beli nih, kerang. Dalam otak aku dah terbayang nak masak kerang rebus, dan sikit daripada tuh nak tumis pedas. Walaupun makan kerang ini akan membuat kesan luka ceasar aku tuh rasa gatal, still aku nak makan jugak kerang ni. Belilah aku setengah kilo kerang. Nak dijadikan cerita bila aku balik nak basuh kerang, tetiba kerang aku dah  Fish bertukar menjadi ikan selayang. Aiseh macammana pulak si minah Indon tuh boleh tukar kerang aku dengan ikan yang orang lain beli. Mesti si mamat tuh tension.. ntah2 dia nak buat laksa, tak jadi pulak. hmm terpaksalah aku terima hakikat kerang aku dah jadi ikan. So bertambah banyaklah ikan yang aku ada. Nak turun balik dan tukar ikan tuh??? malas.. sah2  si mamat tuh pun malas, sebab dia beli ikan tuh pun tak banyak. hehehe

Apa yang aku beli di pasar Bandar Baru Sentul nih??

  1. Kerang (dah jadi ikan)
  2. Ikan selar kuning dan ikan selar besar
  3. Ayam seekor
  4. Sayur sawi
  5. Terung
  6. Petai
  7. Serai
  8. Kerepek ubi pedas
  9. Buah langsat sekilo
  10. Bihun
  11. Susu pekat F&N
  12. Budu (sedap ooo)
  13. Ikan bilis
  14. Teh tarik (untuk aku)
  15. Nasi Lemak: telur mata dan udang masak merah (untuk Papa)
  16. Roti canai (untuk aku dan Ash)
  17. Kueh donat
  18. Kueh burger Malaysia 2
  19. Gam gajah
  20. Span mandian
  21. Paper The Star dan Harian Metro

Semua barang ini stok untuk seminggu… 3 orang aja. Arisha minum susu ibu aja. hehe 🙂

P/S to Si Mamat:  Sorry lah bos, mintak dihalalkan. 🙂

Anda Mungkin Meminati:


6 Comments

  1. syazana says:

    kesilapan tatabahasa anda ada pada blog website ini 🙂
    ‘catitan terkini’adalah salah.
    ianya sepatut menjadi
    ‘catatan terkini’

    BAHASA JIWA BANGSA 😛
    hahahaha
    (sje cari pasal)

  2. Mrs. Asida says:

    Et,
    itulah nasib baik yang lain tak tertuko. Risau gak kalau nasi lemak tuh tertuko benda lain macam mihun ke mee ke, sedih pulak si Papa Ash tu nanti. Siap pesan nasi lemak dah tuh.

    Miezaniera,
    ooo ye ke. Okay i try my best. 🙂

  3. miezaniera says:

    Salam aunti asida..vote masih dibuka..
    jom la vote saya ye..hehe tq aunti ;D

    xoxo, Qasrina

    VOTE G02 ye..plizz

    http://damiaqish.blogspot.com/2009/07/mari-mengundi.html

  4. eT says:

    huahua..nasib barang lain x bertukar wajah…:p

Leave a Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.