Wedding at Merak Kayangan

Hari ini ada wedding kawan sekolah Abang (Yusno dan pasangannya). Majlis diadakan di Dewan Merak Kayangan start jam 8 malam hingga 1030 malam. Plan pertama nak bawak Ash sekali selepas pergi rumah nenek dekat AU5. Nasib baik Wan Wan dia nak tolong jagakan Ash kejap sementara kitorang pergi. Terfikir juga kalau bawa Ash nanti susah sikit, takut dia nangis. Kalau dia suka susu botol tak apalah, ni minum breastfeed je. Lagipun majlis yang formal ni siap ada aturcara susah sikit nak keluar. So, terpaksalah tinggalkan Ash dengan nenek dan aunties dia.

Pukul 1040 malam, majlis bersurai. Asid dan Abang keluar awal dari member2 lain yang sedang ranjak berborak. Lama tak berjumpalah kan. Bukan apa risau juga kalau Baby Ash nangis. Sian anak Mama. Belum sempat naik kereta, Mama dah call tanya kitorang dah balik ke belum sebab Ash tak tidur2, merengek katanya. Puas dah agaknya diorang melayannya. Yelah susah sikit sebab masa keluar tadi dia tak tidur. Kalau kitorang tinggalkan dia dalam keadaan tidur sure senang diorang jaga, just henjut je katil tu. hehehe 🙂

Selamat Pengantin Baru.. Moga kekal ke akhir hayat. Sedap dessert… rasa macam nak makan lagi. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *