Vaksin Aids Sudah ditemui?

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan.” ¬† (Riwayat Abu Sunnah)

Petikan Halaqah

Washington: Ia mungkin satu berita baik bagi penghidap sindrom kurang daya tahan penyakit (Aids) kerana vaksin yang digunakan dalam eksperimen pada 2009 menunjukkan tindak balas positif kepada 31 peratus anti bodi individu berlainan dalam kajian itu.

Laporan daripada New England of Medicine menunjukkan antibodi yang berfungsi bagi melawan jangkitan digelar IgG, mampun pemyerap ke atas permukaan protein HIV untuk mengelakkannya daripada mengjangkiti sel tubuh.

Bagaimanapun, pengarah program penyelidikan HIV di Insitut Tentera Walter Reed, Nelson Michale berkata, vaksin tersebut mungkin memberi tindakbalas berbeza bergantung kepada antibodi individu.

Lebih 25 juta maut akibat dijangkiti HIV sejak 1981 dan kira-kira 30 juta penghidap virus pembawa maut itu masih belum mendapat vaksin untuk mengubati mereka.

Petikan dari Sains Global, Sinarharian

Untuk mencegah HIV/AIDS  antaranya ialah :

  • Hindari penggunaan jarum suntik secara berganti/bertukar-tukar
  • Tidak bertukar-tukar pasangan dalam berhubungan seks, hindari seks bebas.
  • Hindari penularan melalui pemindahan darah dengan memastikan pemindahan darah yang selamat.
  • Hati-hati dengan risiko penularan terhadap keturunan, dengan tidak memberikan AIDS pada bayinya.

Bagi Penderita HIV

HIV sukar diketahui hanya dengan penglihatan mata saja. Pengidap HIV pada tahap awal umumnya nampak normal atau sihat. Setelah terjebak/hidapi selama 5 sampai 10 tahun baru mengalami gejala seperti :

  • Kehilangan berat badan secara drastik
  • Buang air besar secara kerap
  • Pembengkakan pada leher dan/atau ketiak
  • Batuk berterusan

Lakukan ujian darah HIV untuk memastikan adakah anda terkena HIV. Bagi yang positif terkena HIV/Aids, tetap bersemangat dan jangan menyerah. Kerana semangat dari penderita akan dapat menjaga daya tahan tubuh dari akibat buruk penyakit HIV/AIDS. Jangan lupa untuk tetap menggunakan ubat yang diberikan oleh doktor.

Petikan dari nurmanchuk

p/s: Adakah dengan adanya vaksin ini, manusia akan menjadi semakin alpa dan senang-lenang melakukan kegiatan tidak bermoral [dadah, seks rambang tanpa pelindungan dll] yang boleh menyebarkan HIV dengan sewenang-wenangnya lagi. Allahuallam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *