Unresponsible people at Makro Shah Alam

Tadi aku pergi Makro Shah Alam ngan abang, nak beli dapur gas dan meja dapur, maklumle nak pindah,umah pun kosong lagi.actually, apa yang aku nak citer ni adalah nak luahkan perasaan marah aku ni je sebelum tido.citernya bermula disini….

macam biasa,makro shah alam nie provide torli yang menggunakan syiling 50sen.kalu tak ade duit,tak leh lah amik troli tuh (ada jugak yang rosak, leh je amik), aku n abg amiklah satu troli.bawak masuk makro.oleh sebab kitorg tak tahu brg yg hendak dibeli tuh letak di mana,then malas nak usung troli gergaji tuh kehulu ke hilir, kitorg pun amiklah carpet satu sebagai” mark” troli tuh dah bertuan. Pastuh kitorang letaklah troli tuh kat tepi.

Nak di jadikan citer lagi,after kitorg dah jumpa barang (dapur + meja) yg hendak dibeli tuh,nak pergilah amik troli pulak… aleh2 “mana troli aku????” ermmm… troli tuh dah “selamat” di kebas orang. Memang tak selamat lah orang yg kebas tuh aku tak halalkan (ceh! macam makananlah pulak, brg jadi jugak kan..).Dah lah amik troli orang, ada lak di angkutnya dan diletak je carpet tuh kat mana2 ntah, aisehman.teruk betul!!!
macam ni ke rakyat malaysia???? kerna orang2 segelintir macam nilah nama negara kita selalu busuk di mata dunia, susah sangat nak maju… troli dekat depan pintu makro pun tak leh amik sdr, 50sen pun nak kedekut.Kalu rokok sekotak tuh sanggup lak belinya, bakarnya duit tuh senang2.ni masukkan 50sen kat troli tuh pun tak leh,bukannya tak dapat balik duit tuh,pulang ketempat dia sula dah dapt balik.ni tak, kebas troli orang lain punya.

Yang jadi masalah, kepada tuan punya troli tuh (aku lah), kena amik semula,dari hujung dalam makro kena pergi ke depan makro balik sebab semata2 nak amik troli. ..kalaulah aku tahu sapa yang amik tuh, nak je aku lempang mukanya.pemalas sungguh!!!…

Kat dalam makro pun ramai orang aku tengok berlenggang2 mundar mandir dlm makro. Nanti terbekenan nak beli tv ke, dapur ke, apa ke.. mulalah nak rembat troli orang lak.aku tak paham betui…tak bertanggungjawab betul, tak berdisplin betul.. aisehman.. teruk betul…. tobat aku tinggal troli yg sikit barangnya.lenkali usung je torli tuh kemana aja.walaupun dia sebesar gergasi, giants, lembu…what everlah….

ermmm… aku dah ngantuk…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *