Nov 2010 30

Stop Child Abuse1

Posted In Umum

Jomlah kita ramai2 sokong kempen ni, Jangan Membuat Penderaan kepada Kanak-Kanak, tak kisah penderaan fizikal atau mental mahupun seksual.

unicef
Caranya mudah aje.

1. Mula-mula isi borong  di sini (Seperti gambar di atas)

2. Lepas itu submit borang dan kalau rajin deco2 tangan plak.

3. Done. Sangat mudah kan? Jom join target 100,000. Kalau lebih lagi bagus. 🙂

Apalah daya si kecil ini menjadi mangsa penderaan orang dewasa. Walaupun seteruk mana masalah yang kita hadapi di dalam dunia ini pasti ada jalan penyelesaiannya. Berfikirlah dengan sebaik-baiknya. Masalah itu takkan hilang dengan melakukan kezaliman terhadap kanak-kanak. Mereka hanya insan kecil yang tak tahu apa-apa.

Penderaan kanak-kanak terbahagi kepada 3. Iaitu;

1. Penderaan fizikal.

Penderaan fizikal kepada kanak-kanak adalah perbuatan yang kejam dan zalim.  Keganasan ini boleh menyebabkan kecederaan otak, lebam yang teruk, kecacatan anggota tubuh, patah tulang, lecur atau terbakar, dicucuh dengan puntung rokok dan sebagainya.

Kesan kepada mangsa ialah trauma dan ketakutan melampau apabila berdepan dengan orang dewasa (fobia), luka dan cedera yang kekal, rosak saraf otak dan urat saraf (cacat seumur hidup) dan perkembangan mental menjadi lembap kerana menderita ketegangan saraf.

2. Penderaan Mental/emosi.

Kecederaan fizikal boleh di lihat, tetapi bagaimana pula dengan penderaan dari segi mental?? Gangguan yang substansial dan boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak. Antara lain, kecelaruan mental atau tingkah laku termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian, kelangsangan atau perkembangan lambat.

Kesan ke atas mangsa berlaku secara bertahap mengikut umur seperti ponteng sekolah, tidak minat dengan pelajaran, suka mencuri, berbohong, kelihatan murung, sering mengasingkan diri dan lari dari rumah sebanyak dua kali.

3. Penderaan dari segi seksual.

Ia merujuk segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan untuk memenuhi tuntutan nafsu seks orang dewasa. Ianya melibatkan eksploitasi bahagian sulit kanak-kanak, dicabul, dirogol dan dipaksa melacur.

Kesan kepada mangsa ialah luka dalam kemaluan, penyakit kelamin, mengandung, traumatik, pengkhianatan, stigma (malu, rasa bersalah) dan tidak berkuasa (untuk melawan).

Harapan aku hanya satu, supaya keganasan penderaan kepada kanak-kanak ini harus dihentikan. Dan mereka yang lakukannya juga harus diberi hukuman yang seberat-beratnya.

“Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah
tempat meminta pertolongan” (Surah Yusuf:18)

Anda Mungkin Meminati:


1 Comment

  1. Mrs. Asida says:

    Change
    your facebook profile picture to a cartoon character from your
    childhood and invite your friends to do the same. Until monday (Dec. 6)
    there should be no human faces on Facebook to show your support against
    violence towards children!

Leave a Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.