UltraSound 4D Scan

Hari ini pergi Pusrawi dengan Ash dan Papa. Jarang betul hari cuti datang ke Pusrawi ini, sebabnya nak buat checkup 4D scan. Masa mengandungkan ash tak adalah scan yang begitu lengkap macam ini. Dulu scan biasa. Nampak fizikal baby sikit.

Tapi 4D scan ini, lain sikit. Semua ujian tentang kandungan boleh diketahui. Masa yang diambil takadalah lama sangat, antara 10 hingga 15 minit je. Cuma nak tunggu nama dipanggil je berjam2. Katanya Appointment kul 1.30. Oklah pukul 1 datang buat pendaftaran. Katanya nama Asid nombor dua, last2 pukul 230 petang baru dipanggil. Nasib baiklah ash behave, tak mengamuk langsung.

Keputusan scan tadi, Alhamdulillah semua okay, tak ada masalah dan insyaAllah kalau tak ada apa2 nanti, bolehlah bersalin normal. Yang paling penting dan seronoknya memang dah confirm jantina baby apa. hehe

adik-ash1

3 thoughts on “UltraSound 4D Scan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *