Tongkang Pecah

Hari-hari balik rumah, tengok rumah macam tongkang pecah. Kekadang rasa nak nangis tengok mende berselerak ni. Kepala tak pening jadi pening, tekanan darah rendah jadi tinggi, badan sihat jadi sakit, mata segar jadi lemah… aduhai.

Baby Ash dah semakin besar semakin pandai main macam2. Barang dapur pun dia suka main. Pantang lepe je kejap dah sampai dapur. Habis pungah periuk, jak, cawan, tupperware. Pungah memang bestlah, nak mengemas balik tuh. Dasyat betul. Kicten cabinet memang tak de. Aiseh susah giler. Hari2 bertaburan pinggan mangkuk ni.:)

Lagi satu, tak ada masa benor nak hari2 basuh baju. Kalau sehari miss basuh baju, pakaian kotor sure meninggi macam gunung, bakul pun tak larat nak tangpung dah. Bila weekend je ada masa basuh baju (itupun kalau tak kemana2), mesin basuh tu beroperasi menjalankan tugas, sampai malam pun belum habis basuh. Dah siap basuh pun satu hal lagi, mana nak gantungnya, nak dijemur kain itu semua? Dekat tempat sepatutnya tu memang langsung tak boleh gantung baju, sure basah punya(lebih teruk dari mesin). Apalah orang C-16-11 ni, dah tangki tu bocor, panggil lah orang repair, report dekat management bintai tuh. Menyusahkan orang betul. Di sebabkan diorang, kitorang tak boleh jemur baju. Sabar je lah.

Pasal baju tak basuh satu hal, ini baju yang dah basuh. Dah kering, angkat letak atas kerusi dekat ruang tamu tu, kalau tak dilipat.. sampai weekend juga lah lipatnya..

Meja makan pulak, makin lama penuh barangnya. Sampai nak makan pun tak ada ruang nak letak pinggan. semut pun semakin banyak berkeliaran atas meja. Entah dari mana datang. Aiseh. Dah ler meja makan ni depan pintu masuk. Buka je pintu tengok banyak giler mende ni, kepala dah pusing. Pusing… pening.. pening..

Kalau dulu yelah, rumah kemas.. baju tak bertimbun banyaknya.Tak berselerak. Lantai clear tak ada banyak sangat habuk, udara segar..Bila dah start keje ni, rumah macam tongkang pecah, sana sini ada barang. Sudut tuh kasut macam2 corak, macam2 warna, macam2 saiz. Sudut sini pulak selonggok barang mainan Ash. Makin simpan rasa makin berselerak, last2 biarkan aje. Sudut tepi pulak selonggok pakaian bersih, tak terlipat. Tunggu weekend. Selonggok baju kotor dalam bilik, macam2 bau.. bau sardin, hangcing, hapak.. tak kuasa nak hidu.

Nak bersihkan, kemaskan rumah satu hal. Ini nak bersihkan diri, nak manjakan badan, nak mandi lama2 pun payah. Sabun badan pun ala kadar, syampu tu lagi dasyat.. time ingat je, kalau ingat tapi tak sempat pun tak leh juga.Nasib baik rambut dah pendekkan. But still berbilion kelumumur nye. Cuci muka pun ala kadar juga, kalau dulu ada 3 jenis produk gunanya, kini satu pun tak sempat. Tu pasal berbintik hitam kesan jerawatnya. 🙁 apa nak jadi.

Kualiti air dekat rumah pun jadi isu badan tak bersih, ntah2 muka macam jalan tar ni pun sebab air paip tak. Aiseh. Baby Ash memang dah lama tak minum air paip rumah, masak pun just untuk panaskan air mandi. Minum air mineral je. Beli refil dari luar.Kalau minum air paip ni, tekak pun jadi sakit. Bulan2 lepas, take time nak okay dari batuk. Then try minum air mineral.. Alhamdulilah dah makin sembuh. Dasyat betul. Harga air cam mahal giler, cas maintenance nya.. kualiti lak hampeh.

17 thoughts on “Tongkang Pecah”

  1. boring la asid.. klu ade baby cm ash tu xpe la dok umah.. lgpon kawan2 suke lepak umah ina. kawan ofis la, kawan mase kt utmkl la.. yg paling selalu kakak ina tu yg jalan je.. lg la klu husben keje weekend..

  2. ermm sakit tak serius sbb masih leh g shopping sorg2 jln sorg masih leh g kl-langkawi flight sorg.. tu yg kadg husben bisg..

  3. eheh sakit x serius pon asid.. 2003 sakit pala demam 2 mggu tetibe masuk SMC shah alam denggi n viral fever hosp 5 ari.. 2007 SJMC cyst hospt 5 ari.. last month masuk lg.. sampai doc tu dah jd kawan ehehe heran betol.. tp ina mc jarg leh kire tapi sekali mc 3 mggu eheeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *