TOMOK Juara OIAM3

Tomok Juara OIAM3

hehe boleh dikatakan Asid suka jugalah bila Tomok menang 1 juta nih. Dengan bakat dan tranformasi yang sudah dia lakukan, sewajarnya dia menang malam ni. Tahniah kepada dia. Kalau nak cerita pasal Tomok ni, macam kelakar je kalau diingatkan balik. Time sekolah menengah dulu memang Asid minat giler dekat Tomok (newboyz) ni. Hampir setiap bulan beli majalah Mangga (itupun bila ada gambar Tomok and the geng). Biasanya gambar2 diorang diambil di dalam kolam mandi, memang dah jadi trend Mangga ambil gambar artis tepi kolam masa tue. Sekarang dah tak tahu trend diorang sebab dah bertahun lamanya tak beli majalah tuh. Maklumlah majalah macam tuh sesuai untuk remaja sahaja.

Dulu tiap kali raya mesti kirim kad raya dekat tomok. Ada sekali tuh, siap dua keping tomok balas. Bukan dialah yang balas kan, sure orang lain. Dia sekadar sign je ler kot (kalau sign ler, ada nampak macam print je.. hehe). Bila dah dapat dua keping sekaligus tuh, Asid dah start tak kasi surat pada Tomok sebab entahlah. Kecewa kot. Macam kelakar je. Apa nak kisah masa tuh remaja, tak fikir benda lain.. fikir artis je. Kekadang kakak2 gelak je.. ek eleh suka Tomok!! hehe. Yelah masa tuh diorang dah tua. Minat pun Awie, Search, Datuk Siti dan lain2.

Anda Mungkin Meminati:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *