Jalan2 Cari Satay Rusa
February 18, 2011Hot Contest Pulak!
February 20, 2011Tip Menjahit Labuci Manik : Toturial 1
Assalamualaikum..
Semenjak dua menjak ini, Asid minat pula menjaahit labuci. Bukan apa belajar sikit2 untuk cantikkan baju kita. Baju murah boleh nampak mahal kan. Ini berkat shopping buku dekat karnival hari itu.
Buat pertama kali ni, jahit pun slow2. Guna design dan kaedah yang simple jer. Sini Asid buatkan tutorial-nya sikit2.
Beriring Se-Lapis
- Pemidang (tak guna pun takpe)
- Jarum manik sai2 11/12
- Manik Silinder kecil
- Mutiara/Manik Bulat Kecil
- Benang Kapas
- Fabrik
- Gunting atau cutter
Cara-Cara
1. Jarum ditarik dari bawah fabrik dan ditarik ke atas.
2. Masukkan 4 biji manik silinder kecil ke dalam jarum.
3. Diikuti 2 biji manik bulat kecil sekadar memberi kelainan pada manik sahaja.
4. Dengan kedudukan yang condong sedikit, susupkan jarum ke dalam fabrik dan matikan benang.
5. Keluarkan jarum dari bawah fabrik, pada kedudukan bersebelahan dengan manik silinder yang terakhir. Masukkan 2 biji manik bulat kecil. Susunan akan kelihatan songsang berbanding susunan manik sebelumnya.