Tip Menjahit Labuci Manik : Toturial 1

Assalamualaikum..

Semenjak dua menjak ini, Asid minat pula menjaahit labuci. Bukan apa belajar sikit2 untuk cantikkan baju kita. Baju murah boleh nampak mahal kan. Ini berkat shopping buku dekat karnival hari itu.

Buat pertama kali ni, jahit pun slow2. Guna design dan kaedah yang simple jer. Sini Asid buatkan tutorial-nya sikit2.

Beriring Se-Lapis

Bahan-Bahan

  • Pemidang (tak guna pun takpe)
  • Jarum manik sai2 11/12
  • Manik Silinder kecil
  • Mutiara/Manik Bulat Kecil
  • Benang Kapas
  • Fabrik
  • Gunting atau cutter

Cara-Cara

1. Jarum ditarik dari bawah fabrik dan ditarik ke atas.

2. Masukkan 4 biji manik silinder kecil ke dalam jarum.

3. Diikuti 2 biji manik bulat kecil sekadar memberi kelainan pada manik sahaja.

4. Dengan kedudukan yang condong sedikit, susupkan jarum ke dalam fabrik dan matikan benang.

5. Keluarkan jarum dari bawah fabrik, pada kedudukan bersebelahan dengan manik silinder yang terakhir. Masukkan 2 biji manik bulat kecil. Susunan akan kelihatan songsang berbanding susunan manik sebelumnya.

11 thoughts on “Tip Menjahit Labuci Manik : Toturial 1”

  1. hehe.aku pun ada jahit manik tp rasanya dah 4bulan tak siap2 pun sebaris hahaha… baru nk pegang jarum,bekas manik,maka terkedek2 la dak tecik ni dtg nk tolong huhu

    1. Cikgu?? Taklah. Aku budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..

      Cam ne nak nampak clear.. guna hp cap ayam. hehe Nanti koi amik guna camera nikon pula untuk tutotial yg akan dtg. Insya-Allah..haha

      Buku? Koleksi Sulaman Manik.. Sangat simple dan senang nak ikut. Aku beli yg basic2 jerk utk budak2 baru belajar cam aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *