Tip Kesihatan di Bulan Ramadhan

Lakukan;

  1. Makan sahur untuk mengelakkan hypoglycemia atau kandungan gula yang rendah yang boleh menyebabkan kelesuan.
  2. Makan makanan yang lambat dihadam terutamanya sewaktu sahur. Ia mampu bertahan sehingga 8 jam. Karbohidrat kompleks seperti oats, kurma, sayuran dan nasi adalah makanan yang lambat dihadam serta mengandungi banyak fiber (serat).
  3. Minum banyak air kosong untuk mengelakkan sembelit dan penyahhidratan.
  4. Makan makanan yang mengandungi gizi yang seimbang.
  5. Mengambil suplemen kesihatan yang halal untuk lebih sokongan kepada sistem badan.


Elakkan;

  1. Tidak makan secara berlebihan ketika bersahur dan berbuka.
  2. Tidak mengambil makanan yang cepat dihadam. Ia hanya mampu bertahan sehingga 3 atau 4 jam sahaja dan boleh menyebabkan gastrik. Makanan yang cepat dihadam ialah makanan yang mengandungi karbohidrat ringan seperti gula, roti putih dan sebagainya.
  3. Mengurangkan makanan yang digoreng dan berlemak. Ia menyebabkan ketidakhadaman , sakit perut dan penambahan berat badan.
  4. Tidak meminum teh berlebihan kerana ia mengandungi theophylline yang menyebabkan kerap membuang air.

(Sri Dewi & Keluarga, Ogos 2009)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *