Tengok Baby AmeeRul

Assalamualaikum,

Hari Sabtu lepas, Asid sekeluarga balik ke Jerantut. Tengok anak saudara Asid yang baru lahir. Punyalah ingat nak ambil gambar Ameerul, tapi lepak2 sana sampai balik ke rumah, lupa daa nak ambil gambar. huhu maybe Asid akan letak kemudian nanti.

Bergerak dari Shah Alam jam 9 pagi. Ini pun dah kira lambat giler. Hari itu gerak lepas subuh jam 7. Takpelah driver mengantuk sangat sebab tidur jam 3 pagi. Ngantuk2 bawa kereta bahaya juga kan. Jangan kan kata driver je ngantuk, anak2 pun sama.

Dari katil, sambung tido dalam kete

Dalam perjalanan, macam biasa singgah breakfast dekat Kota Damansara Stesen Petronas. Cuma kali ini tak breakfast McD, just beli sandwich tuna & sardin, nasi goreng segera, air minuman, keropok, biskut, dan mainan budak2 (nak juga mainan tuh, merayu2 si Ashraf.. murah je rm7.90.. sure tak tahan lama punya).

Time makan: Main2 dan posing2 sikit ngan muka dan air liur basi..

Lepas makan: tidur balik sampai lah ke Jerantut

Kemudian, Jam 12 dah sampai ke tempat yang di tuju. Singgah sekejap beli KFC kat Bandar Jerantut. Bandar Jerantut ni nak maju sikit ler berbanding dolu2. Macam2 ada sekarang, dengan Pi22a Hutnya, bangunan purple bertambah2, orang pun bertambah ramai. Pendek kata Papa, lebih maju lah berbanding Dara (at my second ‘Kampung’).

walaupun dah ada Pi22a Hut, budak2 remaja kat sini still suka makan KFC time hari cuti sekolah untuk berdating.

Disebabkan itu, Asid terpaksa berbaris panjang.. dan pas order kena tunggu 15 mnt sebab ayam Spicy kehabisan stok. Kosong je kan tempat ayam2 goreng tu kan?

Lagi satu, set wajib dibeli Chicky Meal. Kali ni beli set menyelam pula selepas set roller coaster tuh. Beli 3, kasi Ayu cousin budak2 ni satu. 🙂


Sebagai tambahan Asid beli 2 benda ni (tabung dan Mug), Tabung bagi kat budak2 besar berdua tu dgn syarat sape yang paling banyak menabung. Mug pula untuk Asid, lengkapkan koleksi. 🙂

2 thoughts on “Tengok Baby AmeeRul”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *