Telefilem 7 Lagu
May 22, 2011Korang Pernah Pakai Aura Maya Tak?
May 26, 2011Tanah Runtuh : Rumah Anak2 Yatim Hulu Langat
Assalamualaikum,
Semoga Allah mencucuri rahmat dan hidayah kepada mereka [mangsa2 tanah runtuh] dan ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang disayangiMu. Takziah kepada keluarga yang terlibat. Amat sedih. 🙁
Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.
HULU LANGAT: Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.
“Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada,” kata Mohd Iman, penghuni Rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, di sini, semalam.
Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, dia berada di asrama anak yatim berkenaan sebelum dipanggil turun oleh rakannya yang lain untuk latihan nasyid.
Difahamkan, mereka mengadakan latihan kompang ketika kejadian bagi menyambut kehadiran pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi menyampaikan sumbangan.
Lagi berita>> hmetro
Dalam pada tuh, berita ini mengejutkan.. Janganlah diukit keburukan sebelum ditimbang kebaikkan dan kesusahan mereka yang alami.
Shahrizat: Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa tak daftar di JKM
KUALA LUMPUR, 22 Mei — Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.
“Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana,” katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu.
Dipetik Bernama, Shahrizat berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan agensi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat untuk mengetahui status rumah anak yatim itu.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh.
Lagi berita>> insider