BerHati-Hati Beraya
November 18, 20108 Cara Tingkatkan Kesuburan
November 22, 2010Tak Boleh Tidur Lena?
Ramai ibu bapa yang tidak boleh tidur lena di malam hari kerana anak sering menangis. Perlu diketahui bayi yang baru lahir masih belum dapat membezakan malam dan siang. Mereka cuma tahu apabila mereka perlukan sesuatu mereka akan menangis. Bayi yang baru lahir juga perlu disusukan dengan lebih kerap sama ada pada waktu siang atau malam bagi memenuhi keperluan mereka.
Tahukah anda, bayi baru lahir mempunyai perut sebesar sebiji kacang peas? Sebab itulah bayi minum sedikit tetapi kerap. Perut yang kecil itu menyebabkan susu dihadam dengan cepat tetapi tidak dapat menampung susu yang banyak dalam satu masa.
Walau bagaimanapun perkara ini tidak akan berpanjangan sekiranya anda dapat melatih bayi anda. Sebagai contoh, pada waktu malam pasang lampu kecil, cipta suasana yang suram atau susukan sambil baring. Manakala pada waktu siang biarkan suasana cerah, cuba bermain dan bercakap dengan bayi apabila dia membuka mata. Ini akan memperkenalkan bayi dengan malam dan siang.
Lama-kelamaan bayi akan semakin faham dan akan tidur lebih lama pada waktu malam dan lebih banyak berjaga pada waktu siang. Hargailah masa yang sekejap ini kerana anda tentunya akan merindui saat itu. Sentiasa tanamkan fikiran yang positif. Semoga keluarga yang dibina juga akan turut menjadi positif.