Tanda-Tanda Hamil
Nov 2006 03

Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:

  • Tidak Datang haid.
  • Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
  • Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
  • Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
  • Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
  • Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
  • Anda mungkin membenci makanan.

Tanda2 awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.

Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.

Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.

Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi.

Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi gelap.

Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah/mual. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagai ‘morning sickness‘. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. Namun penyebab mengapa ada sesetengah wanita hamil mengalaminya dan ada yang tidak, tidak dapat pula dikenal pasti puncanya.

Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat. Untuk mengurangkan kekerapan membuang air ketika tidur dan lain-lain, wanita hamil disarankan supaya menyondong ke hadapan sedikit semasa duduk (atas mangkuk tandas ketika kencing). Ini akan menyebabkan pundi kencing ditekan sedikit supaya saki baki air kecil itu di keluarkan semuanya.

Wanita hamil juga mungkin mudah letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Jadi, cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Anda juga dinasihatkan agar mandi sekerap yang mungkin ketika cuaca yang panas terik.

Wanita hamil mungkin mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.

Dalam keadaan tertentu, terdapat golongan wanita hamil mengalami masalah untuk makan kerana mereka seolah-olah hilang selera terhadap sesuatu makan. Masalah ini terjadi kebiasaannya disebabkan kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan zink yang mencukupi dalam setiap menu makanan.

Ujian Pengesahan Kehamilan

Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.

Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.

———————————————————————————————————————–

Asid ada jual buku2 mengenai kehamilan ini dan juga DVD nya. Meh JOIN FB asid untuk maklumat lanjut mengenainya… :)

Petikan dari Buku Permulaan Yang Menakjubkan (Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd, Panduan Kehamilan , Kelahiran dan Penjagaan awal si manja,  dan Buku Petua Selamat Bersalin, Penjagaan Bayi dan Nama-nama Islam (Norizan Abu Samah)


Anda Mungkin Meminati:

Cara Mengambil Pil Perancang
Oct 2010 03

Cara Mengambil Pil Perancang

RAMAI wanita mengamalkan kaedah merancang keluarga menggunakan pil perancang. Ada berbagai-bagai jenis pil perancang di pasaran.

Lazimnya pil perancang kombinasi iaitu yang mengandungi kedua-dua jenis hormon estrogen dan progestogen digunakan melainkan mereka yang masih menyusu ataupun mempunyai masalah penyakit seperti tekanan darah tinggi.

Oleh itu seseorang wanita yang ingin mengambil pil perancang perlu berjumpa dengan doktor sebelum memulakannya supaya kesesuaian dapat dikenal pasti dan nasihat yang tepat dapat diberikan.

Wanita yang berumur melebihi 35 tahun dinasihatkan mengambil pil perancang yang mengandungi kadar estrogen yang lebih rendah iaitu 20 microgram ethinyloestradiol.

Pemeriksaan tekanan darah perlu dibuat serta pemeriksaan ujian pap smear. Wanita yang mempunyai masalah seperti lemah jantung atau barah payu dara tidak boleh mengambil pil perancang jenis ini.

Pil perancang kombinasi bertindak melalui beberapa cara iaitu:

1. Menghalang proses ovulasi dengan menghalang pembesaran folikel.

2. Menyebabkan mukus daripada serviks menjadi kental dan menjejaskan pengangkutan sperma ke dalam rahim.

3. Tisu pada dinding rahim menjadi nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin. Oleh kerana tisu dinding rahim ini nipis, pendarahan haid menjadi sedikit dan hanya beberapa hari saja.

Cara pengambilan pil perancang kombinasi adalah seperti berikut:

Untuk pengambilannya pada kali pertama, seseorang wanita perlu mengambil pil pertamanya pada hari pertama pendarahan haid berlaku. Pengambilan pil seterusnya diambil selama 21 hari mengikut arah anak panah pada paket pil perancang.

Kesan bagi menghalang kehamilan berlaku serta-merta dalam kes ini. Jika pil pertama ini diambil pada hari kelima haid, seseorang wanita perlulah menunggu selama 14 hari sebelum penghalang kehamilan berkesan. Keadaan ini disebabkan pengambilan pil pada hari kelima haid tidak menjamin menghalang pembesaran folikel yang akhirnya akan melalui proses ovulasi dan menyebabkan wanita itu subur walaupun sedang mengambil pil perancang. Oleh itu wanita yang memulakan pengambilan pil pertamanya pada hari kelima haid dinasihatkan supaya mengguna cara lain seperti azal atau kondom untuk menghalang kehamilan selama 14 hari.

Untuk pengambilan pil perancang pada bulan kedua dan seterusnya, ia perlu diambil setelah berhenti selama tujuh hari. Lazimnya pendarahan haid berlaku dalam masa tujuh hari berehat daripada mengambil pil perancang. Pil pertama untuk paket kedua dan seterusnya perlu diambil pada hari kelapan dari tarikh mula berhenti tanpa mengambil kira pendarahan haid berhenti atau tidak.

Sebagai contoh, wanita A ingin memulakan pengambilan pil perancang:

Pendarahan haid wanita A berlaku pada 1 Julai 2005. Wanita A mula mengambil pil yang pertama pada Jumaat, 1 Julai. Dia akan mengikut arah anak panah pada paket pil perancang hinggalah habis pil pada 21 Julai 2005.

Beliau kemudian berhenti mengambil pil selama 7 hari dan akan mula mengambil pil perancang paket kedua pada 29 Julai 2005 ia itu hari Jumaat juga. Lazimnya pendarahan haid akan mula berlaku pada 22, 23 atau 24 Julai dan hanya untuk beberapa hari saja.

Apa yang perlu dilakukan jika terlupa mengambil pil perancang?

Jika seseorang wanita lupa mengambil pil, teruskan pengambilan pil apabila teringat semula dan teruskan pengambilan pil yang seterusnya pada masa yang lazim diambil. Jika jangka masa terlupa melebihi 12 jam (terutamanya bagi pil pertama atau terakhir pada paket) pencegahan kehamilan mungkin tidak berapa berkesan.

Oleh itu sebaik saja ingat, teruskan saja pil yang sepatutnya diambil macam biasa. Oleh kerana ia mungkin tidak lagi berkesan, pasangan perlu mengambil langkah lain selama tujuh hari untuk menghalang kehamilan. Jika tujuh hari ini menjangkau melebihi paket yang ada, mulakan dengan paket baru tanpa berhenti selama tujuh hari.

Bagi bulan itu, wanita ini mungkin tidak akan mengalami pendarahan haid sehinggalah ia habis paket yang seterusnya, iaitu pada bulan kedua. Kemungkinan juga pendarahan yang tidak normal berlaku, tetapi wanita ini perlu meneruskan pengambilan pil setelah memastikan bahawa ia tidak hamil.

Petikan dari Intim.wordpress.com

Anda Mungkin Meminati:

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.