Mengharumkan Bilik Tidur

Alangkah selesanya jika anda berasa di dalam sebuah bilik tidur yang berbau harum. Ada setengah orang terpaksa membeli berbagai jenis pewangi semburan untuk menyedapakan bau di ruang bilik tisur. Sebenarnya banyak kaedah yang mudah dan murah untuk menyedapkan bau.

Caranya mudah, dapatkan beberapa biji buah limau kasturi. Belah dua biji limau tersebut dan selebihnya simpan di dalam peti sejuk untuk hari berikutnya. Letakkan limau yang dibelah tadi dipenjuru bilik anda dan pasangkan kipas atau penghawa dingin.

Petua Tradisional Untuk Penyakit Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi dapat diubati dengan pelbagai cara tradisional. Antara satu daripadanya ialah mengubati dengan daun sup atau daun saledri. Oleh itu, jika anda makan hidangan sup, lebihkanlah daun saledri.

Cara-caranya ialah:

Ambil segengam daun sup dan ditumbuk hingga halus. Kemudian campurkan dengan sedikit air dan minum. Amalkan selalu.

Petikan dari: petuanenek.com