Oct 2011 28

Assalammualaikum,

Tengok tajuk entry kali ini ada rasa gerun sikit tak? Baca aje minor tp cuak bagai rak.

Bulan lepas, rasa bengkak dekat pipi kiri, rahang mulut tak boleh bukak seluasnya. Ingat tersalah leher, rahang lari elementnya ker? urut2 leher tak ada rasa pula sakit, cuma rasa gusi dah bengkak. Teringat juga masa kerja Klinik Gigi Rohaya dulu, check dengan Dr. Firdaus, geraham bongsu kiri den ni mesti cabut via MOS. Suggest Dr. buat masa tak sakit apa2 lagi.. tapi mengenangkan kos RM400 [masa tuh] boleh shopping macam2 tu.. jadinya den cancel lah, cakap kat Dr. ” Takpelah Dr. tunggu ia sakit lah dulu. seriau juga hari2 tengok patient buat MOS, berdarah tak ingat, kerat isi, potong tulang, patient menangis.. macam2 lagilah..hehe.. ”

hmm bila dah sakit macam ni, terpaksa lah cari klinik berdekatan. Nak pergi klinik kerajaan kat Area Shah Alam ni, adalah satu, tapi sure kena tunggu lama. Jadi en. suami suggest lah pergi Klinik Swasta aje. Klinik pergigian area Shah Alam ni memang banyak ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan”.. cuma ongkosnya tak tumbuh2.. hehe

So, surf internat.. call beberapa klinik pergigian kat sini. Klinik Pergigian Doktor Firdaus .. MOS RM700 ke atas. Klinik Pergigian Sharina RM600 ke atas. Call klinik pergigian Dr. 2ue tak dapat hehe. So, antara 2 ni.. pilihlah yang murah kan.. be2anya RM100. Banyak juga tuh.

So, 29hb Sept. 2011 pergi Klinik Pergigian Sharina seksyen 9, Shah Alam. Den pergi seorang aje, bawa askar2 den tu kang.. riuh sekampung kliniknya.

Sampai jam 8 malam, klinik kosong. Doktor lelaki. Hari ni buat checkup aje sebab nak MOS pun takleh sebab  sakit, nak bukak mulut besar2 pun tak boleh. X-ray dulu kedudukan gigi geraham bongsu tuh, memang hujung.. kedudukannya terpusing dari biasa. Memang dah konpem, potong isi kulit tepi sikit. Kalau tak boleh cabut biasa, kena potong gigi or tulang sikit. Aduhh dalam hati.. takutt nya..dulu biasa cakap dekat patient, takpe sakit sikit aje.. 1@2 hari dah hilang rasa sakitnya. huhu..  sekarang.. den sendiri raso cuakkkk naya tuh. So, den diberi ubat antibiotik 2 dan pain killer. Set appointment dengan doktor yang sama, 2 minggu lagi.

[..]

Anda Mungkin Meminati:

Panduan Merawat Buasir/Sembelit
Apr 2012 08

Pada pertengahan bulan April 2012 , satu panduan lengkap merawat buasir telah berjaya diterbitkan dan dipasarkan melalui medium internet.

Panduan merawat buasir berkenaan telah dilancarkan sendiri oleh penulis ebook berkenaan iaitu En. Hafiz Wasa. Beliau bukan sahaja seorang penulis ebook-ebook kesihatan malah beliau juga merupakan seorang ahli farmasi yang berkhidmat di sebuah klinik kesihatan di Pantai Timur.

Apa yang menariknya berkaitan ebook ini adalah, ia dikarang sendiri oleh orang yang pernah merasai apa itu buasir. Beliau dapat memahami bagaimana ‘seksa’nya menangung buasir. Jadi penulisan ebook ini sudah pasti dapat memberikan seribu satu manfaat kepada orang ramai yang menderita penyakit buasir ini.

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah pendekatan dan cara bagaimana buasir itu dirawat?
Dalam ebook Panduan Merawat Buasir ini ia menjelaskan 3 kaedah utama dalam merawat buasir. Kaedah ini bergantung kepada tahap mana buasir yang anda alami.

Secara ringkas ia dirawat mengunakan ubat-ubatan, pembedahan dan cara semulajadi. Cara semulajadi ini amat menarik perhatian saya.

Ia diajar bagaimana untuk kita merawat dan seterusnya menghalang buasir dari terus terjadi secara rawatan semulajadi. Boleh dikatakan buasir ini dirawat terus dari akar umbi.

Bagaimana untuk anda memiliki ebook Panduan Buasir ini?

Senang sahaja ya…

Pertama sekali anda perlu ke laman web jualan ebook ini iaitu:

Kemudian klik pada button DAPATKAN SEKARANG!
Seterusnya anda akan dibawa ke laman tempahan.
Di laman tempahan berkenaan, anda perlu membuat pembayaran melalui nombor akaun yang disediakan.

Selepas membuat pembayaran, anda wajib mengisi BORANG PENGESAHAN PEMBAYARAN pada halaman tempahan tersebut.

Kemudian selepas selesai, tunggu sahaja email dari penulis ebook berkenaan kerana dalam masa 24jam ebook merawat buasir versi pdf akan dihantar ke email anda.

Dan selesai…

Percayalah, jika anda membaca dan mengikut setiap langkah yang diterangkan dalam ebook merawat buasir berkenaan pasti masalah buasir akan terhapus dalam diari dalam hidup anda.

Akhir kata dari saya, kita cuma berikhtiar tetapi Tuhan jua yang menentukan.

 

Ini memang ‘copy’ betul-betul dari sumber : http://www.petuanenek.com

Anda Mungkin Meminati:

Page 2 of 212
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.