Telefilem 7 Lagu

Assalamualaikum,

Malam tadi tengok telemovie 7 Lagu @ astro jam 11.00 malam.Β  Hmm sangat best. Kalau biasanya kita boleh teka jalan-jalan cerita melayu ni macam ner, siap betul ending nya. But cerita ni memang lain. Haha tak sangka boleh tertipu dengan muka naif, percakapan Farhan tu..rupanya dialah pembunuh kejam tuh. Tahniah to Khabir Bathia. Orang lain maybe dah tengok Januari lalu, haha Asid baru tengok malam tadi. Itupun nasib baik tak de bola.

Bagaimana jika seorang pembunuh menyampaikan kisah hidupnya melalui tujuh buah lagu yang digubahnya. Peguambela pula terpaksa menelusuri pemikirannya, sehingga yakin dia tidak bersalah.

Itulah ringkasan sebuah telemovie yang digarap cukup menarik oleh Khabir Bhatia, ’7 Lagu,’ yang akan ditayangkan di saluran 131, Astro Citra, pada 30hb Januari, pukul 10 malam, dalam slot Blockbuster Ahad.

’7 Lagu,’ mengisahkan Farhan (lakonan Farid Kamil) seorang anak terbiar, selepas peninggalan ibunya, menjalani hidup penuh ranjau dan menceritakan kisah hidupnya melalui lagu-lagu ciptaannya sendiri.

Dalam perjalanan hidup yang penuh dugaan ini, Farhan telah terlibat dalam pembunuhan kekasih hatinya, Hajar (lakonan Tiz Zaqyah), serta Rayzal (lakonan Zul Ariffin). Dalam pada itu juga, Sabrina(lakonan Emelda Rosmila) seorang peguambela, yakin, Farhan berada pada lokasi dan waktu yang salah, dan cuba membebaskan Farhan.

Farid Kamil, selaku teraju utama berkata, β€œCerita ini berdasarkan sebuah kisah benar, dan apabila turun ke lokasi untuk pengambaran, Khabir sendiri memberitahu arah tuju ke mana lakonan sebagai Farhan tersebut. Watak ini adalah hasil ciptaan Khabir sendiri,” bila ditanya mengenai watak Farhan, seorang psiko, dan merupakan satu watak yang baru buatnya.

Kredit: meow.my