Sep 2009 23

Hari Raya Ke-empat

Bangun pagi agak lewat sebab rasa macam penat sangat. Lewat2 pun masih sempat bangun ke kedai cari sarapan. Opah suruh beli mee ke mihun ke.. then masak sendiri.  Tapi Papa Ash kata, baik beli yang dah siap. Tak payah susah2 masak sebab semua orang penat.

So, lepas basuh muka (tanpa mandi dan gogok gigi) pergi ke kedai makan dekat Dara. Kak cek yang tunjukkan kedai makan tuh. Nasib baik ada juga yang menjual. Kalau tidak tak tahulah nak buat macam mana, nak beli bahan mentah pun susah. Peniaga masih bercuti raya. aiseh

Oleh kerana agak lama menunggu 10 keping roti canai dimasak (ramai orang ikut Q dengan jumlah order yang banyak2), kami decide beli nasi lemak. Konpem dah siap masak, just tunggu bungkus aje. Itupun lama sebab ramai orang Q, dan tunggu diorang masak telur mata 10. aiseh [..]

Anda Mungkin Meminati:

Sep 2009 26

Raya ke Tujuh

Bangun pagi lagi hari ini. Kali  ini sebab nak shopping barang dapur. Pergi Giant besar Seksyen 13, Shah Alam kena awal2 takut nanti ramai orang. Bawa Ash saja dan Adik tinggalkan dengan Nana. hmm nasib baik Arisha tak meragam sangat, cuma sempat berak atas Cunna dia hehe. Memang sayang betul Arisha dekat Cunna dia tuh.. hehe (orang kata kalau baby berak dan kencing atas kita, tanda dia SAYANG dekat kita).

Lepas solat Zohor dan lunch, kami balik ke rumah Sentul. Hantar barang2 shopping nih dulu. Terutama ayam dan daging ni. Kena cepat2 masukkan dan peti ais, kalau tidak jadi macam dulu.. jadi mangsa tong sampah saja.

Petangnya pula, sesi beraya ke rumah Nenek. Kali ini Open House pula. Raya pertama itu hari hanya untuk beraya dengan sanak saudara saja. Masa inilah bebudak beraya dapat duit raya. hehe

Anda Mungkin Meminati:

Sep 2009 27

Cukuplah asyik tajuk Raya.. Raya.. Raya.. sampai 7 dah tuh. Memang maraton posting pasal raya. Nasib baik lah hari ini hari ber-rehat2 di rumah pula. Tak adanya rehat.. hari ni pun sibuk. Sibuk mengemas rumah, manalah tahu kalau2 ada yang sudi bertandang ke teratak buruk aku nih.

Sediakan juga kuih raya yang ada tak seberapa nih. Ehsan dari Opah dari Chini. Kata Opah kalau nak lagi, mintak dekat Kak Ja.. Yang ada inipun sebab Kak Ja yang kasi dekat Opah. hehe akak aku yang sorang ni memang rajin bab2 membuat kuih sebab dia buat kuih sedap, lembut. Kalau aku buat, keras berdentum boleh buat batu bina rumah. kuang.. kuang.. kuang.. Lagipun dia ada masa. Tak ada saper2 nak kacau dia buat kuih dan menjahit tuh, aku ni sibuk dengan hero dan heroin ni. Memang tak sempat nak buat apa2. Beli sajalah kerepek2 ni haa.

kerusi kayu

sampai berkilat kerusi nih Papa lap.. rajin Papa nih.. hehe

Anda Mungkin Meminati:

Oct 2009 17

Hari Sabtu

Pertama sekali, Happy Depavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

Hari ini juga kami ada Open House di Taman Dagang, Ampang. Rumah Mak Lang. Pergi sana selepas Asar. :) balik pula jam 10 malam dengan perut kekenyangan yang sungguh buncit. wakaka rasa macam nak buka zip kain tuh.

Mana tidaknya, aku rasa makanan semua. Tapi sikit-sikitlah kan. kontrol ayu sikit. Mula-mula aku makan kek lapis dan beberapa ketul biskut raya di ruang tamu. Lepas itu, pergi meja makan ambil Mee Sup dan begedil. Minum air. Kemudian makan lemang dua potong.

Kemudian, ambil Arisha. Tidurkan Arisha supaya Papa pula makan. :) Lepas itu solat dan sambung balik makan nasi lemak. nyumk nyumk.. sampai balik.

OpenHouse

Gambar Arisha saja yang sempat di ambil. Itupun masa boring dalam kereta. Maklumlah dekat Ampang ini, jem selalu. :)

Anda Mungkin Meminati:

Oct 2009 18

Hari Ahad

Semalam pergi beraya a.k.a Open House. Kali ini pergi rumah Mak Long di Seksyen 4, Wangsa Maju. Sebelum pergi rumah Mak Long, kami beraya ke rumah Achik di Sri Rampai.

OpenHouse4

Anda Mungkin Meminati:

Page 2 of 212
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.