Sep 2009 16

Sebenarnya aku buat Agar-agar Bandung ni dah berminggu lepas. Baru aje aku ceritakan dekat sini. Bukan apa, masa tu aku nak buat dadih tapi serbuk dan bahan2 dadih tak ada. Yang ada cuma agar2 ni. Jadilah ek buat berbuka. Nasib baiklah jadi juga aku membuatnya, si ashraf tu suka. oklah tu gamoknya.

Hari semalam hingga ke hari ini aku nak buat dadih atau puding. Cari lah serbuk dekat pasar dan susu cair dekat kedai bawah ni, dua2 tak ada. Terpaksa tempah dengan Papa malam ni. Harap2 dia beli.. tapi kesian pula nanti mesti Papa balik lambat sebab hari nak hujan lebat ni. Berbuka dalam kereta lagilah Papa ek?

Kalau tahu awal, boleh order dekat sini.. online lagi. 🙂

Anda Mungkin Meminati:

Oct 2009 24

Kebiasaannya aku buat Dadih. Kali ini aku buat Puding Perisa Mangga. Saja lah kan buat pemanis mulut. Aku masak Puding Mangga ini tadi jam 6 petang untuk dessert dinner.

Buat pun sikit. Satu kotak saja. Dapat pun 5 bekas ini sahaja. Apa sebab aku suka buat puding dan dadih ini…. sebabnya Babang Ash suka sangat makan. Oklah kan bagi dia makan, rasanya pun tidak manis sangat. 🙂 Dulu biasa beli set 6 puding.. mahal juga kan harganya kalau beli selalu. Jadi, aku kenalah rajin-rajin diri sikit masakkan untuk dia. 🙂

Pudding1

Pudding2

Resepi Puding Mangga [..]

Anda Mungkin Meminati:

Oct 2009 25

Puding lagi.. lagi lagi puding. hehe habis itu? Benda ini yang senang di buat. Maklum sajalah aku ini bukannya rajin nak buat kek-kek atau kueh mueh lain. hehe yang sebetulnya aku ini bukannya pandai buat kek macam Izan itu. Cukuplah jamu anak beranak dengan puding ini saja.

Oleh kerana aku buat Puding Mangga beberapa ketul saja, lepas itu bagi dengan Yaya dan keluarga pagi tadi.. stok puding mangga pun habis. So, dengan pantasnya jam 12 tengahari tadi aku buat Puding Anggur ini. Cara-cara memasaknya sama saja. Cuma airnya hanya kena 1200ml sebab serbuk puding anggur nya pun 450g. 🙂

Pudding5

Pudding6

Anda Mungkin Meminati:

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.