Alhamdulillah dan Tahniah! Anak2 Mama Cemerlang

Alhamdulillah syukur, mempunyai anak-anak. Lebih syukur lagi mempunyai anak-anak yang cemerlang ini. Mama doakan semoga mereka terus menjadi anak2 yang soleh serta baik budi pekertinya. Terima kasih juga buat guru-guru yang telah mendidik mereka sepanjang pembelajaran dulu sehingga sekarang. Namun perjalanan mereka masih jauh. Doakan ye.

Untuk Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) baru2 mereka ini, memang nampak perubahan dan peratusan yang meningkat dari peperiksaan pertengahan tahun dulu. Ini kerana, ketekunan mereka mengulangikaji pelajaran lebih baik. 🙂

Kecemerlangan ini juga disebabkan ketekunan dan kerajinan mereka, justeru tak salah kita sebagai ibubapa atau guru-guru meraikan mereka. Sangat tidak setuju bila yang kata, tak perlu majlis anugerah kerana kesian pada budak2 lain yang kurang cemerlang itu akan PATAH HATI kerana kecewa. Nah, jadikan majlis ini sebagai lonjakan semangat buat mereka untuk sama-sama lebih berusaha di masa hadapan.

Cemerlang dan Kurang Cemerlang ini pasti ada perbezaan. Tahap pembelajaran dan kerajinan mereka. Yang rajin pasti cemerlang. Nak anak cemerlang, ibubapa juga cemerlang dalam membimbing dan mendidik mereka, kalau tak pandai mendidik dalam matapelajaran, marilah kita kuatkan diri dan rajin dalam mencari rezeki lebih.. kemudian hantar anak-anak tuisyen pula. 🙂

Amir Ashraf darjah 5, tahun depan baru UPSR.

PAT abang Ashraf dapat 8A 7B.. (2A 4B)

Sekolah agama pula JJ sahaja.

 

 

 

 

 

 

 

Nur Arisha pula baru darjah 3. PAT dapat 11A 1B (6A). B ini membuat dia menangis.. biasa dia FULL A. Tak apa dik, ini pun okay

Sekolah Agama pula adik dapat MUMTAZ. Dapat piala dan hadiah juga.

Alhamdulillah.

Mama dan Papa bangga sangat dengan anak-anak tahun ni 🙂 LOVE.