Open House Rumah Mak Lang

Hari Sabtu

Pertama sekali, Happy Depavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

Hari ini juga kami ada Open House di Taman Dagang, Ampang. Rumah Mak Lang. Pergi sana selepas Asar. 🙂 balik pula jam 10 malam dengan perut kekenyangan yang sungguh buncit. wakaka rasa macam nak buka zip kain tuh.

Mana tidaknya, aku rasa makanan semua. Tapi sikit-sikitlah kan. kontrol ayu sikit. Mula-mula aku makan kek lapis dan beberapa ketul biskut raya di ruang tamu. Lepas itu, pergi meja makan ambil Mee Sup dan begedil. Minum air. Kemudian makan lemang dua potong.

Kemudian, ambil Arisha. Tidurkan Arisha supaya Papa pula makan. 🙂 Lepas itu solat dan sambung balik makan nasi lemak. nyumk nyumk.. sampai balik.

OpenHouse

Gambar Arisha saja yang sempat di ambil. Itupun masa boring dalam kereta. Maklumlah dekat Ampang ini, jem selalu. 🙂

‘Open House’ Yang Tak Berapa Nak ‘Open’

Kalau nak ‘buka’, buka sajalah kan. hehe bukan apa.. aku hendak cerita pasal siang tadi. Bukakan pintu rumah untuk keluarga Shah Alam datang beraya pula. hmm memang aku tidak larat hendak masak apa-apa pun (setiap tahun tidak larat.. apa daa..). Itulah aku.. malas agaknya. kalau malas cakap sajalah malas

Wan2

Ingatkan hendak jamu diorang makan sate. Mengenangkan Sate Kajang di Taman Melawati sentiasa padat dan berderek orang berbaris, macam minggu lepas… Papa tidak mahu pergi. Jadi, kami buat keputusan memesan Pizza Hut sajalah. huhu. Mintak maaflah tidak sempat hendak bergambar dengan Pizza itu. Yang ada cuma gambar-gambar ini. Harap tuan-tuan empunya diri jangan marah gambar anda keluar di sini.. okay?

papaash2

Ariss

Bersambung edisi Abang Ash bersama Papa pula selepas ini………. 🙂