Kebiasaannya aku buat Dadih. Kali ini aku buat Puding Perisa Mangga. Saja lah kan buat pemanis mulut. Aku masak Puding Mangga ini tadi jam 6 petang untuk dessert dinner.
Buat pun sikit. Satu kotak saja. Dapat pun 5 bekas ini sahaja. Apa sebab aku suka buat puding dan dadih ini…. sebabnya Babang Ash suka sangat makan. Oklah kan bagi dia makan, rasanya pun tidak manis sangat.
Dulu biasa beli set 6 puding.. mahal juga kan harganya kalau beli selalu. Jadi, aku kenalah rajin-rajin diri sikit masakkan untuk dia.


Resepi Puding Mangga [..]
Puding lagi.. lagi lagi puding. hehe habis itu? Benda ini yang senang di buat. Maklum sajalah aku ini bukannya rajin nak buat kek-kek atau kueh mueh lain. hehe yang sebetulnya aku ini bukannya pandai buat kek macam Izan itu. Cukuplah jamu anak beranak dengan puding ini saja.
Oleh kerana aku buat Puding Mangga beberapa ketul saja, lepas itu bagi dengan Yaya dan keluarga pagi tadi.. stok puding mangga pun habis. So, dengan pantasnya jam 12 tengahari tadi aku buat Puding Anggur ini. Cara-cara memasaknya sama saja. Cuma airnya hanya kena 1200ml sebab serbuk puding anggur nya pun 450g.


Jam 6 petang, kami sekeluarga pergi jalan-jalan ambil angin ke Pavilion Hotel, Bukit Bintang. Ashraf sampai sekarang kata pergi jalan2 ke “CC” a.k.a KLCC. hehe itu sebab lalu depan KLCC, dia ingat memang pergi KLCC lah tuh. hehe
Actually first time aku datang sini, maklum sajalah tempat macam gini orang-orang kaya ajer melepak.. tapi yang herannya ramai jugak budak2 remaja melepak… sempat jugak memikir apa yang ada dekat sini? wayang? takde pun. Butik2 mahal adalah.
Pergi sini pun sebab nak makan KFC.. area satu level ni.. semua bab makan. Pilih sajalah yang mana suka..yang penting HALAL. Sambil2 itu bolehlah aku mencuci mata barang2 kat situ, so cute. Sempat jugak aku beli freezer magnet satu.
Actually warna dia biru.. ALGELO..
Assalamualaikum,
Beberapa minggu yang lepas, kepala paip ada loose sikit. Air pula melebihi 24jam menitik tanpa henti. Cuba juga cari tukang paip, no tel yg ada dalam simpanan.. bila call asyik2 ‘luar kawasan’2x. Akhirnya amik keputusan telephone aje Abg Mezah dan Kak Ja. hehe minta tolong tukarkan.
Alhamdulillah Abg Mezah free malam tu, bukan saja tolong tukarkan paip rosak, tapi kipas yang rosak dalam bilik TASKA bebudak ni. Terima kasih banyak2 to Pak de dan Mak De.
Upahnya nak belanja dinner, tapi taknak pulak diorang. Habis anak2 dan asid pun blum makan.. huhu nasi pun tak masak. Papanya pergi tengok bola di stadium. So kami berlima sajalah ke Restoran Chan Abdullah Seksyen 15. Restoran muallaf. Masakannya sume ala2 masakan cina lah kan.
Sebelum ni pun dah datang, masa birthday Wan2. Makan di sini ramai2.
Pendek kata, masakannya sedap dengan harga yang berpatutan.