Hamil tidak semudah yang disangka. Keputusan negatif yang sering diterima selepas berkali-kali mencuba tidak semestinya bermaksud anda tidak subur. Untuk meningkatkan peluang hamil, ikuti panduan berikut.
1. Hentikan penggunaan kaedah perancangan keluarga
Apabila anda bersedia untuk hamil, hentikan penggunaan apa jua kaedah perancang keluarga yang sedang digunakan. Tidak kiralah sama ada pil, suntikan, implan, IUCD ataupun yang lain-lain. Perlu anda ketahui, ada wanita yang berupaya untuk hamil sebaik sahaja berhenti menggunakan perancang keluarga. Namun, dalam keadaan tertentu, ada tubuh sesetengah wanita mengambil masa yang lama untuk memastikan hormonnya kembali normal.
2. Buang tabiat buruk
Sebaik sahaja memutuskan untuk hamil, itulah masa yang terbaik untuk anda dan suami menghentikan tabiat suka merokok mahupun minum alkohol. Ini kerana rokok dan alkohol mengurangkan peluang anda berdua menimang cahaya mata. Malah jika hamil sekalipun, ia akan meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran kurang berat badan.
3. Nikmati kepuasan
Ada sesetengah pakar berpendapat, kepuasan yang anda kecapi sewaktu bersama suami akan meningkatkan peluang kehamilan. Jadi, lupakan hal yang lain. Tumpukan perhatian anda sewaktu berasmara dengan suami. Nikmatilah keseronokan itu sepuas-puasnya. -makan jamu pun bagus ni, disamping memulihara kesihatan badan, beri tenaga, rawat keputihan, ia juga menghangat hub. suami isteri dgn merapatkan bhg alat sulit. -Jamu Serapat Bonda [RM25, 50biji/sebulan]. Berminat boleh emailkan kepada asieda82@gmail.com
4. Masa yang sesuai
Ketahui hari subur anda. Itulah kunci utama kejayaan untuk hamil. Tanpa mengetahui hari subur yang sepatutnya, peluang untuk sperma dan telur bersenyawa akan menemui jalan buntu. Apa lagi! Kiralah hari subur anda. Namun, untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat anda bolehlah dapatkan kit ovulasi di farmasi berdekatan.
5. Berat badan sihat
Wanita yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Untuk mudah hamil, anda disarankan menjadikan senaman sebagai amalan harian. Lagipun, jika berat badan anda ideal, lebih mudahlah anda kembali langsing selepas melahirkan nanti. – bersauna dirumah pun syok ni. 🙂
Continue reading 8 Cara Tingkatkan Kesuburan