Kereta Atos Rosak lagi.. hantar ke Azam Seksyen 17 lg

Semalam, kereta rosak lagi. Hantar semula ke Azam. Servis kereta terus sebab hendak check semua. Buka semua untuk check penyebabnya kerosakan/ temparature tinggi itu. Dari water pump.. now ke cylinder head pula.

Servis Atos ini Rm500. Isnin atau Selasa baru siap.

Timing belt pun katanya dah tak nampak tulisan, tukar tambah rm200.

Sabar ajelah. Sedih! Semoga selepas ini, kereta kembali berfungsi dengan lebih baik. – now keje sungguh2.. cari ongkos. k bai

nota. Kereta dah siap ambil 14/3/2017.. cas RM836. sedey 🙁

Enjin Kereta Mati Di LKSA Highway

Assalamualaikum, first time kereta kesayangan saya ni mogok. Memang banyak hari dah perasan aircond tidak kuat.

Sampailah hari ini, rupanya air kereta dah hendak habis, temperature tinggi, dan tak boleh start enjin. Masa ni nasib baik di petronas, then masukkan air. Kereta boleh start dan bergerak balik.

dari pusat bandar ke seksyen 18, tiba-tiba enjin kereta mati dari turun bukit lorong tengah.. terus beri lampu emergency dan rapat ke bahu jalan.

Alhamdulillah juga kereta ni problem di LKSA, ada peronda tengok2 dan hantar ia ke bengkel seksyen 16 dan bawa ke Bengkel Azam Seksyen 16 yang glomor di FB itu. Then petang settle. Masalah selesai awal sebab pasal tiub aje bocor. Cas pun tak mahal sangat.

Thanks semua yang menolong, termasuklah my husband yang terus pulang dari office, ambil anak2 sekolah. 🙂