Buat KEK PISANG dengan Pemanggang Ajaib

kek pisang dengan pemanggang ajaib

Bahan-bahannya:

4 biji pisang sederhana besar – dilenyet2 (pisang tak tahu, janji yg manis dan tak berbiji)
3 biji telur sederhana besar (Gred B)
1 3/4 cawan* tepung naik sendiri
1/4 cawan* tepung jagung
1 cawan* gula
1 cawan* minyak jagung (minyak masak saji aje)
1st soda bikarbonat
1st esen vanilla
1st banana esen
secubit garam

*cawan yg sama digunakan utk menyukat

Cara-cara memasaknya:
1. pukul telur dan gula hingga kembang
2. Masukkan esen vanilla, banana esen & pisang yg dilecek tadi. Gaul sebati
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Gaul rata
4. Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sehingga adunan sebati
5. Masukkan adunan ke dalam pemanggang ajaib & bakar dengan api perlahan selama 20-30 minit..
6. Balikkan pemanggang ajaib tu kalo nak warna permukaan atas kek pisang tu gelap skit..

Resepi dan Gambar dari Google.

Nak beli Pemanggang Ajaib? Paling Murah RM125.

Whatsapp: 0123312030

Buat KEK COKLAT MOIST dengan Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum,

Sekarang masing2 sudah kemaruk dengan pemanggang serbaguna ini. Yang menariknya kerana ia mudah digunakan dan memudahkan suri rumah, anak dara, teruna dan seisi keluarga memasak. Nama aje pemanggang tapi bukan untuk memanggang aje. Boleh juga memasak pelbagai jenis masakan lauk pauk, sayuran mahupun membuat kek. Sangat sesuai digunakan dalam bulan Ramadhan yang bakal tiba ini.

Disini Asid tunjukkan cara2 membuat kek dengan pemanggang ajaib ini.. copy paste daripada kawan aje ni. ^_^ credit to Noriah.

KEK COKLAT MOIST PEMANGGANG AJAIB

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko(vav hauten)
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan air suam
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

untuk toping dan hiasan
1/2 bar coklat masakan + 2 sudu besar butter 1/2 sudu besar gula halus dan sedikit esen vanila, guna kaedah double boiler kemudian curahkan keatas kek yg dah sejuk bolehlah hiaskan dgn coklat chip/ coklat rice.

cara-caranya:

1. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan.

2. Dengan mengunakan mixer, pukul telur dan gula hingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap diayak tadi, sedikit demi sedikit, berselang seli dengan air suam, kacau mengunakan senduk/spatula, kemudian masukan esen vanilla ,susu pekat dan minyak masak, kacau hingga sebati.

4. Tuangkan adunan tadi ke dalam pemanggang ajaib, bakar atas dapur gas selama 15- 20 minit mengunakan api kecil.

 

Adunan siap dibancuh

Tengoklah bahagian bawah kek yang terbentuk cantik, x perlu letak planta/gris kat pemanggang ni, langsung tak melekat. Nampaknya tak payah guna avon la lps ni lg jimat masa,jimat elekterik hehehee… ya la kalau bakar guna avon 45 minit- 60 minit br nak masak tp yang ni 20minit je..

bahagian bawah

kek yg siap di toping,rupa x berapa cantik tapi sangat sedap, moist sangat2

wwaaallla..kek yang dah potong,mewah dengan coklat chip…

jom beli pemanggang sekarang!! KLIK SINI

Kek Bakit? Kek Batik? Kek Bukit?

Mana-manalah. Suka hati koranglah hendak panggil ini kek apa ke benda namanya. Hehe janji disini aku hendak cerita yang aku sebenarnya suka sangat makan kek ini start masa study dekat UiTM Jengka dulu.  Selepas kena penangan kek masakan si Izan. First time aku rasa kek yang dia buat, aku sudah jatuh cinta. hehe dekat kek dialah.. takkan dekat dia kot. Nanti orang kata aku ‘homo’ lah pula.

Disebabkan itu juga, aku belajar buat kek ini dengan dia. Siap bawa Sifu Izan ke rumah aku di Jengka, 8. Takkan hendak masak dekat Kolej pula, leceh kena minta permission dari diorang. 🙂

Anyway kerana kerajinan aku yang sedikit dan adalah bahan-bahannya sikit, aku buatlah kek ini mengikut ajaran sifu aku. Bahan-bahannya seperti diatas. Kuantiti yang di ajarnya.. ikut sesuka hati. Itulah yang tak boleh tahan itu. Ada pula sesuka hati. wei Izan.. ko ajar ajaran sesat dekat aku ye? anyway thanks juga kepada ko sebab pandai jugalah aku buat kek ini. aku jerk perasan sedap.

So, cara-caranya ialah…

Cake3Masukkan menjerin/mentega/butter kedalam periuk. Cairkan. Masukkan serbuk coklat, ketulan coklat (cadberi lagi sodap). Kacau sehingga cair. Masukkan susu cair, milo dan kacau sehingga kesemuanya sebati atau hancur.

Cake2Masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk yang berisi biskut marie original itu. Ratakan agar ke semua biskut diselaputi adunan tadi. Continue reading Kek Bakit? Kek Batik? Kek Bukit?