Cinta Kirana Tamat

(Bukan Diriku: Lakonan Baim Wong, Bertrand Antolin dan Ririn Dwi Aryanti)

Dengan gembiranya aku buat entry ni sebab tak lama lagi Cinta Kirana akan habis pada 20 Dec ni (Isnin nilah). Tak sabar nak tahu ending cerita ini. Setakat semalam, Kirana dah bertunang dengan Raka. Galang pula melarikan diri jauh dari Kirana dan anaknya Anakia serta Nenek aida (boleh pula dia nak tinggalkan nenek dia.. sian nenek dia). Apapun kesudahannya tunggu Isnin ek. Sebelum tuh, tengok ptg ni dulu or malam kang..

Gembira juga bila tahu Sinetron Bukan Diriku penganti Cinta Kirana lepas ni. Bukan Diriku jadi best pada aku sebab ia lakonan Baim Wong dari cerita Benci Bilang Cinta dan Ririn Dwi Aryantidari cerita Cahaya.

Sinopsis

Ryo (Baim Wong) menyintai Alya (Ririn Dwi Aryanti). Namun, Ryo meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan ketika melintas jalan menyelamatkan Alya. Dengan perasaan cinta yang mendalam kepada Alya, Ryo memasuki tubuh Ariel (Bertrand Antolin) yang sedang sakit.

Nak tahu kesudahan cerita ni? kena lah tengok di @stro Ria, Isnin hingga Jumaat jam 6.30 ptg

Lirik Lagu Tema Pembukaan sinetron Bukan Diriku

Bukan Diriku
Artist: Samsons

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku

Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku
Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku

Drama Indonesia: Cinta Kirana

Kalau dulu, di penghujung cerita Benci Bilang Cinta baru aku tengok. Dah kira separuh jalan.. sampailah habis cerita tuh. Sekarang ni aku asyik pula dengan cerita Cinta Kirana. Hari ini sedih pula episode nya, Tuk Rama mati dan Galang hilang. Apalah kisahnya selepas ini????

Tekaan aku; Galang lupa ingatan. Jadi pula budak kampung. Jejaka baru yang kemalangan dengan Tuk Rama dan Galang tu pasti akan cuba mendekati Kirana disebabkan rasa bersalahnya. Agak2 akulah. Aku pun bukannya pandai sangat nak teka2 cerita Indonesia.. tapi citer Benci Bilang Cinta tuh, adalah tekaan aku betul. Tapi tak boleh lawan Sotong Piala Dunia tuh, 100% betul. wakaka

Seperti kebiasaannya.. cerita Sinetron ini pasti akan berpuluh2 hingga beratus episodenya. So tengoklah aku sampai habis. hehe