Tips Penjagaan Gigi

Kunci kepada gigi yang sihat dan cantik ialah keseimbangan gaya hidup sihat dan tabiat kesihatan gigi yang baik mampu menghalang tiga tanda awal penuaan di mulut, iaitu penyakit gusi, pereputan gigi dan penyahwarnaan.

Tips penjagaan gigi akan mengekalkan senyuman yang menarik sepanjang hayat ialah :-

  1. Memflos gigi sebelum memberus – Flos dan berus gigi dua kali sehari, gunakan berus gigi yang betul serta sekurang-kurangnya 2 minit sebelah pagi dan malam secara pergerakan membulat. Amalkan memflos sebelum member.us gigi membantu menanggalkan makanan yang terlekat di celah gigi. Kiranya sisa ini terlekat di permukaan gigi, ia akan menyebabkan kaviti, penyakit gusi dan gingivitis.
  2. Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun dan sebelum mengandung – Wanita yang mengamalkan pil perancang atau mengandung serta mengalami menopaus perlu berjumpa doktor gigi kerana mereka lebih cenderung mendapat masalah gusi, pereputan gigi dan kaviti. Wanita mengandung boleh mengalami gingivitis disebabkan perubahan hormon dan pertambahan aliran darah dalam badan. Continue reading Tips Penjagaan Gigi