Aug 2009 15

Pagi hari aku pergi lagi ke Pasar. walaupun malam tadi dah pergi ke pasar malam. saja beli barang yang belum beli atau dah nak habis. Pergi pasar malam, tujuannya satu je, nak cari buah durian. Tapi jam 9 mlm baru pergi, berduyung2 orang. Tak larat nak meredah lautan orang hingga ke gerai buah dihujung jalan tuh, terpaksalah beli yang mana ada di depan mata aje. Barang-barang yang aku beli di pasar malam tadi ialah

  1. Buah rambutan merah & kuning, 2 kg RM4
  2. Buah mata kucing, 1kg RM 4
  3. Ikan, udang dan sotong, RM 10
  4. Kepak & hati ayam, RM 3

Hah itu aja yang aku beli (rasa macam berat dan banyak tapi ni je) hehe. Sedih jugak sebab tak dapat durian.:( Kepak dan hati ayam tuh, tak boleh makan pun. Ada ke patut diorang nie jual benda yang dah tak elok, busuk. Kalau di makan jugak sah2 berulak-alik ke toilet. Macam aku makan hati. Orang lain dah syok tidur, aku aje 4 5 kali ke toilet. Padan muka aku!.

Dekat pasar pagi ni pulak, lagi banyak benda yang aku beli. Maklum ajelah dah bawa troli. semua benda boleh sumbat kat dalam tuh. Siap aunti cina tuh tegur, “manyak senang ada ini troli, apa barang boleh beli..” hehe aku pun membalas, “itulah auti, senang nak angkut, tak payah susah2 angkut banyak barang guna tangan”. hehe konon ramah tamah lah ni.

Barang-barang aku beli kat pasar ni pulak;

  1. Ayam seekor, RM 12.80 (diskaun RM 0.30 sebab tak ada duit kecil)
  2. Petai 4 ikat, RM 3 (tak pernah miss beli kalau ada)
  3. Sayur kangkung, sawi, lada cili api, serai & tomota, RM 6.40
  4. Nasi lemak 2, ayam masak merah seketul, kerang dan telur mata kerbau, mee goreng, RM 8.20
  5. Nescafe ais dan nescafe o ais, RM 2.80
  6. Ikan bilis, susu 2 tin, rempah kurma dan rempah kari ikan, bawang besar, RM 12
  7. Kueh teow dan mee mentah, dan cendawan, RM 3.50
  8. Paper Metro dan The Star, RM 3

Itu ajalah yang aku beli. Nak beli gula dah habis licin. Tak ada stok. Dasyat betl krisis nih. Itu pasal aku beli susu. Agak kelam kabut aku membeli sebab orang dah ramai membeli, makan dan minum kat situ. Dan ada pula acara keagamaan yang diorang nak buat. Khemah2 dah dipasang, patung2 seakan kuda dah dipacak, bunga api besar pun dah di pacak (apa namanya, aku tak tahu). hehe

Tengahari

Satay

Oleh kerana dah lama mengidam nak makan satay, dari dalam pantang lagi. So, Papa belikan Satay Kajang Hj Samuri buat makan tengahari. Ingatkan tak adalah satay hari ini sebab Papa ada Borak Bola dengan kengkawan dia. Papa kata alang-alang borak sampai tengahari dan dekat Melawati so Papa belikan satay dekat sana. 20 batang satay ayam dan 10 batang satay lembu. Semuanya 30 batang dan 2 packet nasi impit.

p/s:  Thanks Papa 🙂

Anda Mungkin Meminati:

Oct 2009 27

Amalan pemakanan yang baik sedikit sebanyak membantu anda membina ketahanan tubuh. Antaranya ialah

1. Teh

Pengambilan teh sangat membantu meransang sistem pertahanan badan. L-theanine yang terkandung di dalam teh akan ditukar kepada ethylamine di dalam hati di mana ia memainkan peranan penting dalam proses pertahanan badan.

2. Buah-buahan

Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin yang baik untuk kesihatan. Tambahan lagi ia turut mengandungi antioksidan yang semulajadi yang berupaya meningkatkan pertahanan badan. Antaranya buah kiwi, mangga dan pisang.

3. Dadih

Ia banyak membantu kesihatan sistem penghadaman malah tahap kesihatan tubuh secara keseluruhannya. Hal ini kerana bakteria baik yang ada di dalam dadih mampu merangsang sistem ketahanan tubuh.

hehe tak salahlah kalau aku selalu buat dadih untuk ash dan seisi keluarga. wakaka 🙂

4. Air kelapa  muda

Air yang beralkali ini bermanfaat dalam mencegah H1N1. Anda disyorkan meminumnya 2 kali sehari selama 3 hari. Masyarakat Thailand mengamalkan meminum air kelapa muda ini dengan kurma. Iaitu direndam selama 2 jam sebelum diminum.

[..]

Anda Mungkin Meminati:

Jan 2011 03

Assalamualaikum,

Sekarang pengemar strawberi celup coklat dah tak payah susah2 nak kalau nak makan strawberi coklat. Tak payah pergi beli strawberi then buat coklat, celup. hihi sebab sekarang sudah ada buah strawberi rasa coklat.

Sekumpulan saintis dan pakar dari 38 pertubuhan di 10 buah negara yang menyertai projek memecah kod genetik strawberi, membolehkan pokok strawberi menghasilkan buah besar, berkrim dan rasa coklat.

Didapati strawberi liar mempunyai 35,000 gen dan jumlah itu 1.5 kali lebih banyak berbanding badan manusia.

Strawberi berkait rapat dengan buah epal, pic, pir, raspberi dan rose. Ia dikategorikan dalam keluarga rosaceae.

sumber: Kosmo

Anda Mungkin Meminati:

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.