Abang Sudah Sihat

Alhamdulillah, Abang Ashraf sudah sihat dan baik dari berpantang dan sakit bersunat. Seminggu lepas bersunat dah boleh pakai seluar. Makan macam-macam dah. Tapi totally cuping2 dan luka2 jahitan berkattan itu habis tanggal dalam masa dua minggu. Sekarang dah merata pergi. Pakai seluar dalam. ^_^

Alhmdulillah memang cepat baik lukanya. Terbaik Kelana Jaya Medical Center ni.

Abang Ashraf Berkhatan

abang-bersunat-di-kjmcAlhamdulillh dah besar anak teruna Asid. Tahun depan darjah 4. Jadi masa cuti sekolah panjang inilah nak bersunatnya.  Booking dah 2 bulan sebelum ini. Buat dekat KJMC, Kelana Jaya. Memang agak jauh dari rumah tapi itu lah iklan yang awal dilihat. RM190 yurannya.

Bersunat pada 26/11/2016 lepas, jadi sudah seminggu lah kan. Guna kaedah jahit. Orang kata jahitan ini lagi bagus. Oklah kan. :). Buat jam 10 pagi, 30minit lepas itu dah selesai. Dibekalkan ubat tahan sakit (makan jika perlu) dan antibiotik (wajib habiskan). Itu aje. Tak perlu datang semula.

Alhamdulillah juga Abang Ash tak ada nangis sebelum bersunat tuh, risau juga kalau-kalau dia kata tak nak. Masuk dalam tu sorang-sorang aje. Mak bapak kena tunggu luar.

Alhamdulillah sekarang pun dah boleh berjalan laju sikit. Tak ada dah gantung2 tali. Makan macam-macam dah asal bukan yang boleh datangkan kegatalan sudah. 🙂

Petua dan Tip Ketika Bersunat boleh baca di sini ye > Petua dan Penjagaan Ketika Bersunat

abang-ashraf-bersunat-2_li