Al-kisah bermula hari Sabtu yang lepas, selepas “Open House” . Papa hendak pergi Stadium Selayang untuk melihat bola sepak Selangor vs PDRM (2-2). Oleh kerana kesian kepada Abang Ash, merengek suruh dipakaikan selipar (masa Papa buka pintu hendak keluar). Papa tanya, “Nak bawa dia ke nih?”. “Suka hati. Kesian dia. Tapi kalau dia menangis kat sana macam mana?. Kalau sanggup bawaklah.”
Papa bawa Abang Ash. Mama pula siapkan beg galas dia dengan susu sebotol, pampers 1, kereta mainan dia 2, seluar panjang 1 (buat spare kalau bocor nanti) dan juga bekalan London Swiss Roll 2 paket.
Abang Ash happy sangat sebab dapat ikut Papa. Tahu ke tidak hendak pergi tengok bola tu? hehe.

Alhamdulillah kata Papa, Abang Ash behave betul. Tidak nangis langsung. Memula saja segan dengan kengkawan Papa, lepas itu relax saja. Aku pun suka dan relax dekat rumah. Tambahan lagi, Adik syok tidur.
Dapatlah rehat sekejap.
Kisah Abang Ash Yang Nakal ini memang sudah lama aku hendak ‘posting’kan. Cuma masa tidak berkesempatan. Maklum sajalah aku sekarang ada part time job. Bukan satu tapi banyak. Ada masa aku bercucuk tanam dan meternak binatang, ada masa aku jadi chef di Couple’s cafe aku tuh (jemputlah singgah ye.. aku kasi diskaun baik punya), dan ada masa pula aku jadi Mafia, perompak, kaki buli, kaki gaduh.. semualah yang kaki-kaki itu aku buat, maklumlah nama aku Don Asida. Itu belum campur dengan anak-anak aku ini lagi. Jaga rumah lagi. hmm memang penatlah aku hari-hari siapa suruh semua kerja aku nak buat.. padan muka aku.
Kembali kepada tajuk semula. Kisah kenakalan Abang ash a.k.a Babang ini semakin menjadi. Bermula dari tabiat bermain dengan bedak, sampai satu botol habis. Habis dicurahnya bedak ke atas kereta-kereta dia. Tidak cukup di situ, dituang pula bedak atas kerusi. Geram juga di buatnya. Bedak itu baru saja dibuka. Habis macam itu saja. Membazir saja.
Lepas itu, aku kasi pengajaran sikit. Bebelan aku saja rasa tidak cukup. Aku letak dia dekat satu tempat. Tersorok dan gelap. Bagi dia nangis puas-puas dekat situ dan menyesali serta berfikir pasal benda yang dia buat tadi. Aku punyalah membebel serta bersyarah dengan panjang lebar.. dia buat tak tahu je.. tapi sekali Papa dia buka mulut.. meraung bagai nak rak. Anak Papalah kata kan.
Itu aku boleh bersabar lagi. Tapi kes kedua kenakalan dia ini dasyat betul. Habis lengan si Adik dikerjakan. Apa pasal lah dia gigit lengan adik ni? geram ke apa ke.. aku tak ada jawapan. Memang ini dia kena sedas…. kesian adik menangis… air mata keluar macam hujan.. huhu sian Adik..
Kesian Badik…
Selamat Hari Lahir buat Cunna. Semoga panjang umur, diperbanyakkan pahala ibadahnya, sentiasa berbahagia dan Berjaya untuk SPM Tahun Depan!

Sabtu. Dari Sentul ke Shah Alam, bawa Arisha cucuk bulan di Klinik Rosli. Dapatkan juga ubat/krim untuk ruam di badan dia. Sangat berkesan! Thanks Doc.
Tengahari pergi ke rumah Wan2 Ash. Celebrate birthday cunna yang ke-16.(Sorilah gambar empunya birthday gurl tak amik langsung, balik2 hardisk jumpa gambar ini aje. hehe
Sebelum time lunch tuh, pergi Plaza Masalam. Cuci dan gunting rambut. Arisha tinggalkan dengan Wan2 dia. Lepas cuci rambut, kami bertiga lepak di Old Town White Coffee dekat situ.
Saja lepaskan dahaga.

Anyway.. presents untuk Birthday Gurl ini masih dalam perbincangan. Dah rasa yang berkenan nak belikan “ITU” untuk dia. InsyaAllah.
Harap2 tuan empunya badan suka… orang dah kasi tuh.. amik aje.. hehe ![]()
Hari ini Hari Lahir Ashraf yang ke 3 tahun. Amir Ashraf dilahirkan pada 23hb Mac 2007, hari Jumaat, jam 1615 melalui pembedahan. Satu pengalaman manis yang tidak aku lupakan. Tak sakit langsung.. boleh tengok sendiri macam mana Doktor belah perut aku, keluarkan Abang Ash. Dia pula senyap ajer.. sehingga Doktor pakar kanak-kanak yang nangiskan. Pastu senyap balik sehingga habis mandi dan diselimutkan. Baby boy lah katakan.. kenalah kuat kan.
Pejam celik pejam celik.. sudah 3 tahun masa berlalu. Abang Ash pun sudah semakin besar. Sudah pandai bawa diri.. semenjak ada adik ini, terpaksalah Abang Ash membawa diri dan manjakan diri sendiri dan mungkin makan hati. Kata Papa, “maybe sebab tuh badan dia tak naik2. Asyik kurus jer”. Takpelah kurus asalkan dia sihat dan cergas.
Kekadang kesian pun ada. Banyak kali dia buat Adik nangis sebab dia jealous. Perlukan kemanjakan dan belaian. Aku tahu. Aku cuba menjaga dan mendidik dia dengan baik. Aku sayang dia. Siapalah yang tidak sayangkan anak sendiri kan?
Aku tahu dia anak yang bijak. Cepat belajar dan meniru gaya. Sekali pandang dan dengar pun dia boleh ingat dan ikut selepas dua hari kemudian. Kekadang suka tengok dia belajar sendiri, baca A B C, menari, berlari untuk hiburkan hati dia dan juga adik. Aku juga terhibur dengan telatah dia. Dia cuma seorang anak kecil dan seharusnya dia dilayan sebagai anak kecil?? Ya!! tapi ada caranya..
Mama Sayang Babang. Love You So Much Dear…
![]()
Terima kasih kepada yang wish kepada Ash.. Papa (Papa pesan peluk cium dekat Ash, papa keluar Ash masih tidur), Mak de (subuh2 dah ada mesej), auntie Izan de Cake (thanks for the wish on FB), also uncle Hidzudin (tq), Cunna (lepas balik sekolah kot wishnya..takpe lambat wish asalkan hadiahnya awal2 disediakan.. wakaka)…. ty
Hari Lahir aku dan Ashraf yang lepas, tidaklah disambut2. Just makan-makan bersama family saja. Oklah tuh kita pun bukannya boleh sambut2 semua ini, hanya berdoa dan bersyukur kepada Yang Maha Esa.
Masa Besday aku hari itu (bulan lepas daa), ada sahabat dari Makkah on FB kasi message personal dekat aku. Aku hargai apa yang dia tulis ini.
As Muslims, we celebrate ONLY two ‘eid (festivals): ‘eid ul-fitr (after the end of Ramadhan), and ‘eid ul-Udh-ha, the day of the greater hajj (pilgrimage). During these two festivals, we offer felicitations, spread joy, and entertain children. But more importantly, we offer remembrance of Allaah’s blessings, celebrate His name and offer the ‘eid salaat (prayer). Other than these two occasions, we DO NOT recognize or celebrate any other days in the year.
The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) also said: “Whoever imitates a people is one of them.”
Thanks my dear Friends.. Umm
![]()
Apapun kalau dapat hadiah apa salahnya. At least dia buat hidup kita happy.
Set kerusi dan meja dari IKEA. Semoga Babang rajin baca buku. Jangan main FB jerk!
Ini set train… Babang yang pilih sendiri dekat IKEA jugak
Pandai pilih mainan yerk!
Ini hadiah Babang dari Wan2 sekeluarga, ada T’Shirt dua helai, Puzzle Alif Ba Ta, dan Puzzle Gambar2 A B C. Aku pun dapat baju jubah sepasang. Cantik.. tapi kena kuruskan perut dulu kalau nak pakai. lol.. terima kasih. ![]()
Ini pula hadiah Aku tudung Elmeera dari Huda.. Hadiah no2 lah kiranya dari Papa. Hadiah no1.. hmm special sikit. Belum pilih lagi mana satu. Kena tengok sendiri. hehe Thanks to Papa!