Tag Adik Ari

Hari Panas 0

Semalam jam 12 tengahari hingga 3 petang adalah waktu cuaca panas. Panas disebabkan ketiadaan elektrik. Pihak pengurusan tempat tinggal kami ini, tutup bekalan elektrik (api) atas sebab tertentu. Yang pastinya kerja-kerja TNB.

panas

Bila keadaan panas ini, anak-anak aku ini meragam tidak ingat. Terutamanya Adik. Dari elok-elok pakai baju, tinggal pampers saja. Itupun tak tidur-tidur juga. Abangnya yang tidur, itupun tak lena.

Aku pun rasa panas. Tapi tidaklah sampai pakai seluar kecil saja. wakaka. Dahaga tidak ingat punya. Nasib baik ada Sundae Coklat yang aku beli semalam. Baik makan awal-awal sebelum ianya cair. hehe

Bila elektrik sudah ada, barulah syok. Sempat jugalah aku goreng pisang ini, buat minum petang. nyum nyum… :)

Online Shopping Lagi 0

Kali ini shopping untuk Babang dan Adik dekat coolcotton. Jumaat lepas aje aku bayar duit papa dia ler, semalam dipos dan pagi tadi dah dapat. :) Paling seronoknya Babang. Tahu sangat baju ini untuk dia. Sport Tshirt Puma, seluar pun ada.

puma

Untuk Adik pula Mama pilihkan dress yang ini. hehe 100% cotton. Hope Adik tak nangis sebab panas, kalau pakai dress ini nanti. :)

dress

Arisha 4 Bulan 2

Arisha sekarang sudah 4 bulan umur dia. Apa yang sudah Adik boleh buat setakat hari ini, gelak berkhehe2x. Biasanya Adik senyum bila Mama borak2 dan main dengan Adik. Bila tengok Adik seronok, Mama dan Babang pun turun seronok.
Adik sekarang, kerja part time dia masukkan jari jemari kanan dalam mulut. Ingatkan time tuh Adik nak minum, bila Mama kasi susu, Adik tolak dengan lidah. Dah jadi habit Adik hisap jari.
Selain itu, Adik dah belajar mengiring. Mengiring sajelah yang Adik mampu buat sekarang. Takpe itu dah cukup baik. Lenkali Adik berusaha keras dengan sedaya upaya supaya Adik dapat meniarap sendiri, okay?

adik meniarap

Babang selalu nak main dengan Adik. Adik bercakap2 dengan Babang. Babang cakap bahasa Perancis, Adik pula bahasa German. It’s okay. Maafkan Babang sebab selalu sakitkan dan buat Adik menangis. Babang tak sengaja. Dia ingat itu adalah cara yang terbaik untuk main bersama Adik.

Raya2-1

Babang sayang Adik. So, Adik kena sayang Babang,okay!… gambar lagi di sini.

Memang Berbaloi!! 10

Hari ini aku nak cerita pasal kelab2 yang aku sertai. Bukannya kelab disko, kelab dangdut ka apa ka.. tapi kelab a.k.a club yang aku rasa berfaedah. Sebab utama kenapa aku join kelab2 macam ni sebab aku guna barang diorang, dan aku nak tahu info2 berkaitannya.

So, kelab2 yang aku join ni kekadang rajinlah hantar info2 yang berguna especially mengenai penjagaan anak2 ni. Bermula dari ash kecik. Guna susu dari MeadJohnson. So, aku join meadjohnson club. Diorang kasi ‘hadiah perkenalan” seperti di bawah.

meadjohnsonFM : 2 sudah hilang, Ash buat main

Lepas tuh, aku tukar susu Ash kepada Dumex, DUGRO. Tak ada dah benda free or info mengenai meadjohnson lagi sampai dekat rumah aku (pasal aku tak aktif: nak aktif kena hanto bukti belian).

Bila Ash join Dumex, baby Arisha lahir. Baru2 ni je, dalam seminggu aku kasi Arisha minum Dumex, Dulac. Nampak macam serasi. Dia sekarang dah 4 bulan, tak cukup minum susu badan aku aje, jadi kerana kesiankan dia.. aku ikutlah kata2 orang tua aku belikan susu or something else buat makanan tambahan. Walaupun begitu, aku still teruskan penyusuan badan kepada Arisha. Ada faedah2 lebih tuh. Kalau ikutkan diorang suruh kasi Nestum. Nasib baik juga tak ada stok (masa tu dekat Chini 03, tak de choice sangat). Jadi aku kasi susu sahaja. Memanglah bagi diorang , tak ada apa2 nya kasi baby makan nestum seawal2nya.

“Ada sepupu kamu (nama dirahsiakan) kasi anak dia makan Nestum masa dalam pantang.. tak ada pe2 masalah pun.” kata diorang. hmm memang lah tak ada pe2 berlaku sekarang. Manalah kita tahu, bila diorang dah besar, macam2 penyakit (perut) yang anak2 kita hadapi… hanya disebabkan dari awal2 lagi kita dah bagi organ2 perut diorang bekerja keras padahal organ2 itu belum ready!! macam doktor pula, tapi tak pe.. asalkan apa yang aku lakukan ini adalah yang terbaik buat anak2ku. Mencegah lebih baik dari merawat…

Apabila dua2x dah minum Dumex, jadi aku pun nak join kelab DUMEX. Baru2 lagi ni. Dua minggu lepas kot, dan 2 hari lepas diorang kasi surat perkenalan.. “welcome pack”. Apa benda tuh?? ini dia..

mamiltahu tak apa benda ni??

baca seterusnya »

Raya Aidilfitri 2009 VII 0

Raya ke Tujuh

Bangun pagi lagi hari ini. KaliĀ  ini sebab nak shopping barang dapur. Pergi Giant besar Seksyen 13, Shah Alam kena awal2 takut nanti ramai orang. Bawa Ash saja dan Adik tinggalkan dengan Nana. hmm nasib baik Arisha tak meragam sangat, cuma sempat berak atas Cunna dia hehe. Memang sayang betul Arisha dekat Cunna dia tuh.. hehe (orang kata kalau baby berak dan kencing atas kita, tanda dia SAYANG dekat kita).

Lepas solat Zohor dan lunch, kami balik ke rumah Sentul. Hantar barang2 shopping nih dulu. Terutama ayam dan daging ni. Kena cepat2 masukkan dan peti ais, kalau tidak jadi macam dulu.. jadi mangsa tong sampah saja.

Petangnya pula, sesi beraya ke rumah Nenek. Kali ini Open House pula. Raya pertama itu hari hanya untuk beraya dengan sanak saudara saja. Masa inilah bebudak beraya dapat duit raya. hehe

Blog Widget by LinkWithin


Fatal error: Call to undefined function footer() in /home/asida/public_html/wp-content/themes/FREEmium/footer.php on line 22