Semalam pergi Klinik Rosli lagi, ingatkan tunggu adik satu tahun nanti baru cucuk pula.. hehe tapi benda dah jadi.. Redha saja.
Dua hari sebelum ini, Adik demam.. waktu malam aje. Bila siang hari pula, naik bintik2 merah dekat muka adik (ruam). Dari dahi, ruam merebak ke seluruh muka.. membuatkan muka Adik yang putih tu jadi merah kemerah2an. Lepas muka, merebak lagi ke badan.. perut.
Oleh sebab itu, Papa dan Mama bawa ke KLINIK ROSLI. Takut kalau-kalau Adik kena virus DEMAM CAMPAK.

Alhamdulillah. Doktor Ariff cakap, Adik just kena ruam panas. Maklum sajalah musim cuaca tak menentu ni.. kejap panas..kejap kang hujan.. huhu Kesian Adik. Dulu Abang Ash pun macam nih juga, bawa ke PUSRAWI.. dapat ubat minum ( akan meyebabkan mengantuk), ubat demam (tahan sakit) dan lotion (macam bedak sejuk color merah).
Syukur.. bila dah ada ubat GATAL yang menyebabkan mengantuk tuh, Adik tidur dengan lena. Dengan tak berbaju.. huhu harap2 Adik cepat sembuh.
to Iza: happy birthday to you!!! cake coklat satu… hehe
Selamat Hari Lahir buat Cunna. Semoga panjang umur, diperbanyakkan pahala ibadahnya, sentiasa berbahagia dan Berjaya untuk SPM Tahun Depan!

Sabtu. Dari Sentul ke Shah Alam, bawa Arisha cucuk bulan di Klinik Rosli. Dapatkan juga ubat/krim untuk ruam di badan dia. Sangat berkesan! Thanks Doc.
Tengahari pergi ke rumah Wan2 Ash. Celebrate birthday cunna yang ke-16.(Sorilah gambar empunya birthday gurl tak amik langsung, balik2 hardisk jumpa gambar ini aje. hehe
Sebelum time lunch tuh, pergi Plaza Masalam. Cuci dan gunting rambut. Arisha tinggalkan dengan Wan2 dia. Lepas cuci rambut, kami bertiga lepak di Old Town White Coffee dekat situ.
Saja lepaskan dahaga.

Anyway.. presents untuk Birthday Gurl ini masih dalam perbincangan. Dah rasa yang berkenan nak belikan “ITU” untuk dia. InsyaAllah.
Harap2 tuan empunya badan suka… orang dah kasi tuh.. amik aje.. hehe 
Sekarang Adik dah berumur 1/2 tahun a.k.a 6 bulan. Untuk bulan ini Adik belum pergi cucuk lagi. Maybe this weekend. As usual, cucuk di Klinik Rosli Pakar Kanak-kanak dan Dewasa di Seksyen 7.
6 Bulan.. Apa yang Adik boleh buat sekarang? kebanyakkan macam bulan lepas ler. Sekarang kenal sangat muka Mama, sudah tak nak orang lain kecuali perut kenyang dan senang hati. hehe
Kekadang Adik suka duduk di kerusi. Main mainan fav dia. Kalau kena cara, lamalah dia main seseorang.. itupun kalau Abang dia tak kacau. Kebanyakkan memang kena kacau. hehe
Sekarang start kasi Adik makan bijirin a.k.a nestum. Cuba dulu bijirin yang abang dia makan dulu. Harap-harap Adik suka.
.Semalam Papa belikan bijirin, ada dua jenis daripada Nestle. So. hari ini Mama kasi Adik makan Rice & Soya. Nampak gayanya Adik suka. Mula-mula kasi makan dengan sudu, buat muka pelik. Lama-lama sedap agaknya .. nangis2 sebab lambat kasi. Pastu Mama kasi makan guna botol. Siap pegang sendiri tuh. Setengah botol habis, terus terlentuk. Kenyang lah tu. Alhamdulillah.
Adik dah bertambah-tambah sihat. Tak larat dah nak dukung. Bila malam saja, badan rasa penat dan lenguh-lenguh. hmm kena cari tukung urut lepas nih… huhuhu sakit…
Bila badan Adik sihat.. hmm banyak ler berpeluhnya. Pantang cuaca panas, merengek saja. Kalau berjalan-jalan kemana-mana dan cuaca panas, hmm siaplah mengamuk aje dia. Badan pun dah naik ruam. Dekat leher. huhu kesian Adik
. Harap-harap krim ruam itu berkesan. 
Sekarang adik sudah 5 bulan. Sangat seronok tengok Adik membesar dengan sihatnya. Sabtu lepas bawa Adik ke Klinik Rosli di Seksyen 7, Shah Alam. Tempat biasa cucuk Adik. Berat Adik sekarang sudah 7 kg selepas 4.3 kg last check-up. Hehe Doktor pun kata banyak juga Adik naik berat badannya.. hehe.
Anyway, Adik sekarang sangat suka bila main agah2. Sudah macam-macam bunyi dah belajar. Tambahan hari2 dengar Abang Ash menjerit, memecik dan sebagainya. Adik sudah pandai mengiring. Bergerak memusingkan badan itu nombor satu.. cuma nak meniarap saja tak boleh lagi. Berat pampers kot. Adik.. Adik…

Arisha… we’ll Luv U Always…
Kisah Abang Ash Yang Nakal ini memang sudah lama aku hendak ‘posting’kan. Cuma masa tidak berkesempatan. Maklum sajalah aku sekarang ada part time job. Bukan satu tapi banyak. Ada masa aku bercucuk tanam dan meternak binatang, ada masa aku jadi chef di Couple’s cafe aku tuh (jemputlah singgah ye.. aku kasi diskaun baik punya), dan ada masa pula aku jadi Mafia, perompak, kaki buli, kaki gaduh.. semualah yang kaki-kaki itu aku buat, maklumlah nama aku Don Asida. Itu belum campur dengan anak-anak aku ini lagi. Jaga rumah lagi. hmm memang penatlah aku hari-hari siapa suruh semua kerja aku nak buat.. padan muka aku.
Kembali kepada tajuk semula. Kisah kenakalan Abang ash a.k.a Babang ini semakin menjadi. Bermula dari tabiat bermain dengan bedak, sampai satu botol habis. Habis dicurahnya bedak ke atas kereta-kereta dia. Tidak cukup di situ, dituang pula bedak atas kerusi. Geram juga di buatnya. Bedak itu baru saja dibuka. Habis macam itu saja. Membazir saja.
Lepas itu, aku kasi pengajaran sikit. Bebelan aku saja rasa tidak cukup. Aku letak dia dekat satu tempat. Tersorok dan gelap. Bagi dia nangis puas-puas dekat situ dan menyesali serta berfikir pasal benda yang dia buat tadi. Aku punyalah membebel serta bersyarah dengan panjang lebar.. dia buat tak tahu je.. tapi sekali Papa dia buka mulut.. meraung bagai nak rak. Anak Papalah kata kan.
Itu aku boleh bersabar lagi. Tapi kes kedua kenakalan dia ini dasyat betul. Habis lengan si Adik dikerjakan. Apa pasal lah dia gigit lengan adik ni? geram ke apa ke.. aku tak ada jawapan. Memang ini dia kena sedas…. kesian adik menangis… air mata keluar macam hujan.. huhu sian Adik..
Kesian Badik…