Sukan Sekolah Abang Ash – Pasti Al- Amin

Assalamualaikum,

Semalam merupakan PESTA SUKAN PASTI sekolah Abang Ash [Amir Ashraf] iaitu Pasti Al-Amin dan juga Pasti A2 – A22har 4. Kiranya share sewa padang kot.

Diadakan pada 5 Mei 2012, Sabtu jam 8 pagi.

Tempat : Padang Bola Sepak JKR, Seksyen 17

Hujan renyai2. Kesian juga anak-anak berbaris dalam hujan. Kesian abang, nasib baik juga adik bagi pinjam topinya kepada Abang (setelah dipujuk dengan pencil angry birds – rm1 sebatang).

mula-mula aje lurus ni.. hehe nama dah kanak-kanak ek

Permainan sukan dimulakan setelah bacaan doa, ucapan VIP2 dan bersarapan pagi. Alhamdulillah acara dimulakan, hujan pun berhenti.  Bermula dengan acara lari berganti-ganti.  Masa ni excited tengok anak join, sampai lupa nak tekan button kamera. huhu. Kemudian game-game ini..

Seperti biasa, ada juga acara untuk adik, abang murid serta ibu bapa ya. Antaranya untuk kakak-kakak acara meniup belon. Untuk Abang-abang pula music chair, golongan ayah .. berlari ke belakang, golongan ibu, cari 3 barang iaitu cermin mata gelap, duit 50sen dan tali pinggang. (den memang kalah.. xde pun bwk). dan last acara untuk pasangan ibu bapa iaitu baling dan sambut belon berair. Lain-lain acara, teka bilangan gula-gula dalam balang.

Adik kepanasan, mintak susu, hehe

Alhamdulillah. Sangat puas hati, bukan kerana banyak hadiah dimenangi tetapi kerana meraikan anak-anak kecil kita. Having fun right?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *