Student loses right eye in Kelantan football riot

KOTA BARU: A student lost his right eye, after allegedly being hit by an unidentified object when police fired tear gas to disperse the crowd during a riot by Kelantan football fans at the Sultan Muhammed IV Stadium on Tuesday (7/4/2009).

During the incident, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, from Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat, here was helping his cousin Abdul Rahman Hussein at his food stall situated about 100m from the stadium. (more : http://thestar.com.my/)

Berita di atas amat mengejutkan dan mengambarkan bahawa budaya bola sepak tempatan kini seakan-akan meniru gaya dan sifat2 penyokong2 bola sepak luar negara. Bertindak secara keterlaluan tanpa memikirkan akibat dari sifat buruk mereka itu sendiri.

Saya malu menjadi rakyat Kelantan yang dulunya terkenal dengan sopan santun dan berbudi bahasa rakyatnya. Sehingga masa sekolah dulu mahupun universiti, Asid mengaku keluarga berasal dari sana. Namun sekarang, mana perginya ciri2 dan sifat2 murni mereka bergelar rakyat Kelantan yang penuh dengan ilmu agama dan sebagainya. Kata je Negari Kelantan Negeri Islam, tapi rata-rata para remaja tidak mempratikkan keislaman itu sendiri. Kononlah negeri lain seperti KL dan Selangor, negeri orang bandar.. kurang agama dan sebagainya. Padahal Paku Dulang Paku Serpih…

Perkara seperti ini bukannya pertama kali berlaku, malah sudah beberapa kali (kalau tidak silap 3 kali). Dulu kalau nak tengok bola, bila ada perlawanan dengan Kelantan, abang Asid mesti kata “tak payah pergilah, kali ni lawan Kelantan.. bahaya!!!”. Jawab Asid, “Takkan lah diorang nak apa2kan ibu mengandung dan budak2 kecik ni”. “Diorang peduli apa, kalau menang pun diorang nak gaduh, nanti apa pula kalau kalah”.

Sampai macam tuh sekali digambarkan terhadap penyokong2 Kelantan. Macam Gengster pulak.. Harap pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden ini bertanggungjawab sepenuhnya terhadap mangsa tersebut. Kesian.. baru student. Buat kerja part time nak tambah duit poket, last2 perkara macam nih pulak yang terjadi…

2 thoughts on “Student loses right eye in Kelantan football riot”

  1. nak kata camno, nak lagho kat disko, xdak disko, nak wat wayang dlm wayang, dalam wayang ada lampu. tinggal yg boleh; merempit, hisap dadah, laga ayam, merusuh dlm stadium..

    mana2 pon ada org jahat/baiknya. di kelantan, baiknya pada ulama’/tok guru pondok. jahatnya pd kaki2 gedebe ala halim napi. huhuhuhu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *