Shopping Raya

Alhamdulillah akhirnya beli juga baju raya. Bangun pagi kira awallah sikit sebab nak pergi beli baju raya dekat PKNS. Maklumlah kalau pergi lambat sikit payah nak cari parking. Kira2 ngam2 lah sampai PKNS tadi. Tak sesak dengan orang, itupun dah kira ramai juga.

Allah berfirman bermaksud:

Wahai anak-anak Adam! Pakai pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan solat, terutama pada hari Jumaat dan hari raya dan juga memakai wangian yang semerbak harumnya), dan makanlah dan minumlah serta jangan pula kamu melampau-lampau. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas. (Surah al-A’raf, ayat 31)

Raya tahun nanti temanya warna Hijau. First beli baju kurung Asid. Then beli baju melayu untuk Papa Ash. Papa nak beli baju je, dah jumpa warna yang sedondong ngan Asid tapi tak ada colar plak. Last2 beli yang sepasang. Bolehlah dikatakan sedondong, janji ada warna yang sama. Akhirnya pergi Butik Anakku dekat Seksyen 9, beli baju raya Ash. Nak cari yang kemeja, tapi seluar pulak tak ada saiz. huhuhu belilah juga baju t’shirt warna hijau dan jeans. heheh Bila Ash dah besar sikit barulah senang nak beli sebab banyak pilihan. Tadi sikit sangat. Nak pergi Jusco, kena pergi esok pulak. Malas lah. Beli jelah apa yang ada.

Esok nak pergi kedai cari labuci. Nak jahit dan hias baju kurung Asid ni. Kosong sangat. hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *