Shopping Barang Bulanan

Assalamualaikum,

Kali ini Asid hendak cerita pasal Shopping. Pasal monthly shopping.. maknanya shopping barang2 wajib dibeli sekali dalam sebulan. Kalau barang2 keperluan ini habis, adalah kena beli dua kali sebulan. 🙂

Beli barang kali ini ada bestnya sikit sebab awal bulan hari itu, ada dapat Vocher Citibank bernilai RM200 jika membeli-belah di Giant (seperti gambar di atas). Bunyinya macam bagus dapat diskaun belian barangan Giant ni semasa tukar status credit card tuh.. tapi yang tak bagusnya… lagi hebat jumlah beliannya tuh.. hehe sume lah benda kat Giant tuh nak diangkut bawak balik rumah.. wakaka

Snoopy MUG

Tapi.. takdelah melampau sangat. Biasa first belanja beli barangan rumah pun banyak ni jugak dalam RM450 hingga RM500. Biasalah kan barang2 seperti Pureen a.k.a lampin pakai buang Adik, Susu Dugro 2 tin dan 8 bungkus biasa Adik dan Abang, Puting susu dua set, Beras 5kg, Minyak masak 1.5kg, Plastik Sampah si2e M, Shower Gel shokubutsu, Ubat gigi  Darlie (dapat gift Snoopy Mug), Susu berkrim Cap Teko, Vitagen Less Sugar, F&N Rutbir, Susu Ducthlady moo, Kismis, Cadbury, Hotwheels Car, Gel Rambut, Rempah Sup Mak Siti, Kotex, Pantyliner dll.

Tengahari pula tinggalkan Arisha bersama Wan2.. dan kami bertiga bergerak ke rumah pengantin di Seksyen 17.. dekat jerk dengan area rumah kitorang. Walaupun hujan tak henti2, still okay majlis ini yang bertemakan purple. Sorrylah tak  boleh nak tunggu pengantin sampai.. lagipun kenalah bangun cepat2 bila dah siap makan.. sian orang berdiri Q-line nak duduk. Makanan owh.. best specially Ayam Daging Masak Merah tuh.. sempat juga makan bubur kacang hijau tuh.. nyumk nyumk.. oh ya. thanks to ‘Mak Pengantin’ kasi gift untuk dibawa pulang… (maklumlah den ni jarang dapat mendealah tuh… kalau dapat mestilah sonok nampak sgt beria nak.hehe)

Gambar curi dekat FB Ni2am : Sorry lah ek

“Semoga kalian berdua berbahagia dan bersama hingga ke akhir hayat.. Insya-Allah”

hehe Sempat jugak jumpa Mak Buyong kat sna.. Pn et sekeluarga dan kengkawan yang lain.. 🙂


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *